Selasa, 14 Jun 2011

Program Sehari Bersama Selebriti Chef Arm

Baru-baru ini telah berlangsungnya program Sehari Bersama Selebriti Chef Arm anjuran KRT Parit Yaani yang dijalankan di Balai MCA, Pekan Parit Yaani, Yong Peng Johor.Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan masakan Lauk & kuih-muih, Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm dan banyak lagi.Alhamdulillah program ini juga telah dilancarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading.Terima kasih kepada semua penduduk kampung sekitar yang sudi memeriahkan majlis tersebut serta terima kasih kepada pihak Akbar Sinar Harian yang sudi hadir membuat liputan.

Saksikan Klip Video Masakan Chef Arm

Kini anda semua boleh menyaksikan 5 buah klip video masakan kesihatan dan 9 buah klip video masakan hebat bersama Chef Arm di laman http://www.trymasak.my/ bahagian resipi video Chef Arm untuk 9 buah resipi masakan hebat Chef arm manakala 5 buah klip video masakan kesihatan bersama Chef arm anda boleh tonton di bahagian video resipi rakan Persatuan Nutrisi Malaysia.Jangan lupa menonton kesemua klip video masakan tersebut dan mencuba kesemua resipi tersebut.

Sabtu, 14 Mei 2011

Junior Chef Bersama Chef Arm

Baru-baru ini Chef Arm Kitchen Services telah menganjurkan satu program Junior Chef di Tadika Baitul Sofia dimana ia melibatkan kanak-kanak dalam program ini.Sewaktu program tersebut dijalankan Chef Arm telah pun menunjukkan 3 jenis hidangan ringkas yang sesuai untuk kesihatan tumbesaran kanak-kanak antaranya ialah Bubur Nestum, Bebola Keju dan Milo Smoothies.Selain Demo Masakan yang dipertunjukkan oleh Chef Arm terdapat juga kalangan ibu bapa yang membuat pembelian buku-buku resipi Chef Arm secara tempahan terlebih awal.Setiap pelajar telah pun diberikan dengan senaskah Majalah The Cook Secara percuma.

Chef Arm Juri Bagi Pertandingan Memasak Antara Sekolah Menengah Peringkat Putrajaya

Pada 11hb Mei 2011 baru-baru ini Chef Arm telah mendapat undangan daripada Pihak Jabatan Pelajaran Putrajaya & Nestle Product Sdn. Bhd. bagi menjadi juri untuk Pertandingan Memasak Peringkat Negeri-negeri yang telah pun dijalankan di SMK Putrajaya presint 8 ( 1 ). Pertandingan ini melibatkan 8 buah sekolah menengah yang terdapat di Wilayah Persekutuan Putrajaya.Pertandingan ini juga telah diadili oleh 3 orang panel pengadil iaitu wakil daripada Nestle Products, Wakil Jabatan Pelajaran Putrajaya dan saya sendiri.Kesemua peserta sememangnya cukup berbakat menyediakan pelbagai sajian kreatif hasil idea mereka sendiri yang berkonsepkan Makan Damai Majlis Perkahwinan.

Selasa, 10 Mei 2011

Chef Arm Pengadil Pertandingan Dekorasi Kek

Baru-baru ini bertempat di SMK Taman Johor Jaya 2 Chef Arm telah pun diundang menjadi Pengadil bagi Pertandingan Dekorasi Kek bersempena dengan Minggu pendidikan Khas yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut.Ini adalah salah satu usaha bagi memberikan pendedahan kepada pelajar pendidikan khas menunjukkan kemahiran mereka.Terima kasih kepada pihak Nestle Product Sdn. Bhd. Johor Bahru, Fonterra Johor Bahru dan Fama yang telah sudi menaja hadiah atas usaha permohonan daripada Chef Arm Kitchen Services.

Demo Masakan Bersama Chef Arm & Pelajar Pendidikan Khas ( OKU )

Baru-baru ini bertempat di SMK Taman Johor Jaya 2, Pasir Gudang, Johor, Chef Arm telah mengadakan Demonstrasi Masakan bersama pelajar-pelajar Oku sambil mempromosikan Buku-buku resipinya di bawah penerbitan Buku Prima ( Kumpulan Media Karangkraf ) dan PTS Millennia.Antara resipi yang dipertunjukkan adalah seperti Pai Ayam, Peach Tart dan Jus Timun Alaska dimana ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar istimewa ini untuk hidup berdikari dan menjana ekonomi sara hidup sendiri setelah tamat pembelajaran nanti.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Nestle Product Sdn. Bhd Johor Bahru dan Fonterra johor Bahru yang telah sudi menaja program ini yang telah dianjurkan oleh Chef arm Kitchen Services.

Ahad, 1 Mei 2011

Demo Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Baru-baru ini Chef Arm telah pun mengadakan Demo Masakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Booth PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd., Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.Program ini adalah bertujuan bagi mempromosikan buku-buku resipi Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia.Antara judul buku resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang sudah pun berada di pasaran adalah Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah.Dimana kesemua buku-buku resipi ini hanya berharga RM5.50 sahaja tetapi sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, buku-buku resipi Chef Arm diberikan diskaun hebat sebanyak 15% setiap judul.Sambutan terhadap Demo Masakan Chef Arm sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 ini amat menggalakkan.

Selasa, 19 April 2011

Demo Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan Demo Masakan Bersama Chef Arm bersempena dengan Demo Masakan Bersama Chef Arm sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, jadualnya seperti di bawah ini, jumpa anda disana.


Tarikh : 25hb April 2011 ( Isnin )
Masa :  3 Petang - 5 Petang
Tempat : Booth PTS, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.

Ahad, 17 April 2011

Dapatkan Diskaun Hebat Sebanyak 15% Bagi Setiap Pembelian Buku Resipi Chef Arm Secara Online

Beli kesemua judul Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah dengan potongan diskaun hebat sebanyak 15% bagi setiap judul buku daripada harga asalnya di pasaran adalah RM5.50 manakala apabila anda membeli secara online di http://www.bookcafe.com.my/en/umum/ anda akan mendapat dengan harga RM4.67 senaskah.Jadi dapatkan Buku Resipi Chef Arm sekarang secara online.

Chef Arm Diundang Menjadi Pengadil Bagi Pertandingan Modelling Mr. Manhunt.

Semalam Chef Arm telah menjadi Juri bagi Pertandingan Modelling Mr Manhunt anjuran Diva Quent Event & Modelling yang telah pun berlangsung di Soho Room, Taman Sutera Utama, Johor Bahru.Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan bagi mencari bakat-bakat muda baru untuk diketengahkan ke dalam bidang modelling.Program seperti ini juga mampu menangani pelbagai gejala masalah sosial.Terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi mengundang saya sebagai juri bagi pertandingan tersebut.

Isnin, 21 Mac 2011

Program Jom Masak Bersama Chef Arm

Baru-baru ini Chef Arm Kitchen Services telah menganjurkan satu program Jom Masak Bersama Chef Arm dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan ditaja oleh Nestle serta Fonterra.Program ini melibatkan 60 orang guru Sekolah Menengah yang dijalankan di SMK Taman Megah Ria, Johor gabungan 30 buah sekolah dari sekitar Pasir Gudang, Johor.Program sebegini adalah bagi pendekatan kepada para guru mempelajari dan mencuba sendiri menyediakan tiga hidangan iaitu Pizza Daging, Kek Coklat Koko dan Jus Mempelam, ilmu ini kemudiannya akan diturunkan ke semua pelajar bagi setiap sekolah masing-masing.Ia juga adalah satu proses menjalin kemesraan antara satu sama lain bersama Chef Arm dan sekaligus mempromosikan buku resipi Chef Arm.

Resipi Masakan Bugis Cara Chef Arm Di Majalah Saji


Dapatkan segera Majalah Saji keluaran bulan Mac 2011 terbitan Utusan Karya yang sudah pun berada di pasaran kerana terdapat 6 buah resipi masakan bugis yang telah dipertunjukkan oleh Chef Arm.Jadi diharapkan anda semua dapat mencuba sendiri setiap resipi istimewa masakan bugis yang telah pun dilampirkan. 

Pengambaran Video Masakan Kesihatan bagi Laman Portal Try Masak ( TRY MASAK SIHAT )

Nantikan kemunculan 5 buah video Masakan yang berasaskan kesihatan anjuran Persatuan Pemakanan Kesihatan dengan kerjasama daripada Geoflex Sdn. Bhd., dimana masakan ini telah disediakan oleh Chef Arm bersama seorang Pakar Nutrisi daripada UITM Puncak Alam, Selangor. yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di laman internet portal Try Masak dengan judul video Try Masak Sihat.Jangan lupa menonton video ini di http://www.trymasak.my dan berikan sokongan anda semua terhadap makanan kesihatan.

Selesainya Pengambaran Rancangan Opotobo di RTM1

Alhamdulillad dah pun selesai pengambaran bagi rancangan terbaru di RTM1 terbitan Hot Screen Sdn. Bhd. yang telah pun diacarakan oleh Eyeja Arshad dan juga saya sendiri iaitu Chef Arm.Pelbagai pengalaman telah dilalui sepanjang pengambaran kami mengelilingi negeri Sabah.Rancangan ini juga bakal dipertontonkan di kaca TV berkemungkinan sekitar bulan 6 di saluran RTM1.Rancangan ini cukup menarik dimana kami telah memaparkan akan tempat-tempat pelancongan yang menarik, aktiviti kebudayaan, adat resam suku kaum dan makanan tradisi.Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk menonton rancangan ini yang bakal menjadi wadah informasi percutian anda ke negeri Sabah di Bawah Bayu.

Ahad, 16 Januari 2011

Pengambaran Rancangan OPOTOBO di RTM1

Chef Arm akan menjadi Pengacara Bersama dalam Rancangan Opotobo di RTM1 yang akan dijalankan selama lebih kurang 36 hari di sekitar Negeri Sabah.rancangan ini akan memaparkan Tempat-tempat Pelancongan di Negeri Sabah, Makanan & masakan Tradisi Masyarakat Sabah mengikut kaum Etnik serta adat resam mereka serta aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan disana.Lokasi pengambaran bagi rancangan ini melibatkan kawasan di Kota Kinabalu, Kundasang, Ranau, Tambunan, Tenom, Beaufort, Kuala Penyu, Papar, Kudat, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau.Kepada semua peminat Chef Arm diharapkan dapat turut serta memberikan sokongan sewaktu pengambaran dijalankan.

Jumaat, 7 Januari 2011

Jom Ramai-Ramai ke Karnival Karangkraf ( Dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm )

Nantikan Karnival Karangkraf yang akan berlangsung tidak lama lagi di Premis Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. di seksyen 15, Shah Alam.Karnival Karangkraf ini bakal menemui anda semua pada 28-30hb Januari 2011ini dan jangan lupa untuk mendapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima yang menawarkan sehingga 50% potongan diskaun.Jumpa anda disana......

Ahad, 26 Disember 2010

Kini Di Pasaran Buku Resipi Terbaru Chef Arm ( Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah )

Kini sudah berada di pasaran iaitu Buku Resipi terbaru hasil ilham daripada Chef Arm yang berjudul Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Terbitan PTS Millennia yang menampilkan 23 resipi hidangan asli pelbagai kaum etnik yang cukup unik daripada negeri di bawah bayu.kini anda boleh milikinya di MPH, Popular, Mynews, Gramedia, badan Cemerlang dan banyak lagi hanya dengan harga RM5.50 sahaja.

Jumaat, 17 Disember 2010

Resipi Lasagna Daging Hasil Ilham Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni

Kepada semua yang meminati dunia masakan kini anda boleh mencuba satu lagi resipi Istimewa hasil ilham Chef Arm iaitu lasagna Daging yang menggunakan produk Santan Harmuni.Resipi tersebut anda semua bolehlah mendapatkannya di belakang pek kotak santan Harmuni 200ml.Dapatkan sekarang produk Santan Harmuni yang boleh dimiliki sekarang di semua pasaraya hanya dengan harga RM1.70 sahaja sekotak.Jangan lupa untuk mencuba resipi yang terlampir di belakang pek santan Harmuni tersebut.Selamat mencuba.......................

Selasa, 14 Disember 2010

Promosi Akhir Tahun 2010 Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm ( Karangkraf Mall )

Bersempena dengan Promosi Akhir Tahun ini Buku Prima melalui Karangkraf Mall bermurah hati dengan memberikan Diskaun hebat sebanyak 25% apabila anda membeli Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm secara online dimana anda hanya perlu membayar sebanyak RM14.93 sahaja daripada harga asalnya iaitu RM19.90.Promosi ini hanya sah dari 15hb Disember 2010 sehingga 31hb Disember 2010.Memang cukup berbaloi jadi apa tunggu lagi dapatkannya segera secara online di Laman Portal Karangkraf Mall di http://mall.karangkraf.com/

Khamis, 2 Disember 2010

Buku Resipi Chef Arm Dipromosikan Di Perpustakaan Desa Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Alhamdulillah baru-baru ini Chef Arm telah menyerahkan Kesemua Judul Buku Resipi Chef Arm dibawah penerbitan Buku Prima ( Kumpulan Karangkraf ) & PTS Millennia kepada Pegawai Bertugas di Perpustakaan Desa Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.Dimana tujuan sebenar Chef Arm memberikan buku-buku resipi tersebut untuk diletakkan disana adalah untuk supaya masyarakat sekeliling mengenali latar belakang Chef Arm sepenuhnya, dapat meminjam dan mempelajari pelbagai masakan daripada hasil karya Chef Arm serta sekali gus dapat mempromosikan kesemua buku resipi Chef Arm kepada masyarakat umum.