Sabtu, 13 November 2010

Promosi Buku Resipi Chef Arm di Johor Bahru Sempena Malam Akhir Penganugerahan Pelajar.

Pada 12 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat Chef Arm telah pun berada di Dewan Seri Tebrau Johor Bahru sekitar lebih kurang selama 5 jam bagi mempromosikan kesemua koleksi Buku Resipinya di bawah penerbitan PTS Millennia sempena malam akhir Penganugerahan Pelajar Sekolah.Alhamdullillah sambutan yang diberikan oleh kaum ibu cukup memberangsangkan sekali, walaupun rata-ratanya mengakui tak tau masak & malas masak, yang bagusnya kaum bapa memberi respond yang baik membelikan buku-buku resipi koleksi Chef Arm untuk dihadiahkan pada isteri supaya mereka tahu memasak dan rajin ke dapur untuk memasak.Terima Kasih kepada semua yang terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Chef Arm.

Tiada ulasan: