Khamis, 27 Mei 2010

Sambutan Hari Ibu Di MPH BookStore One Utama

Pada 23hb Mei 2010 yang lepas telah berlangsungnya program Sambutan Hari Ibu di MPH BookStore@ 1 Utama yang dianjurkan oleh PTS Milennia Sdn. Bhd. dengan tajaan lokasi oleh MPH BookStore serta terima kasih kepada penaja Goodie Bag yang terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, Delfi Marketing Sdn. Bhd. ( Chocolate Hersheys ) & Shriro ( M ) Sdn. Bhd. ( Dilmah Tea ).Tidak dilupa buat semua tetamu yang sudi hadir terutama sekali buat pengunjung MPH BookStore 1 Utama.Pada program tersebut saya telah mengadakan demo masakan Ayam Sambal iaitu sejenis masakan tradisional dari Negara Brunei dan sambil itu turut mempromosikan Buku Masakan Hidangan Terbaik Dunia - Masakan Brunei, Buku Masakan Hidangan Bersahur & Buku Masakan Hidangan Berbuka Puasa.Terima Kasih jua kepada rakan seperjuangan yang sudi hadir memberikan sokongan iaitu Chef Hanieliza & Chef Nashra.Tidak dilupa kepada pihak Akbar Kosmo ( Utusan Malaysia ) yang sudi hadir membuat liputan.

1 ulasan:

danish berkata...

satu sambutan yang agak membanggakan... harap dapat diberikan lagi lbih perhatian dari sudut promosi agar mendapat sambutan yg lebih hebat..!!!