Ahad, 30 Mei 2010

Meriahnya Pengambaran Juadah Lauk-Pauk & Biskut Sempena Hari Raya Aidilfitri Bersama Team Majalah Saji

Pada 29hb Mei 2010 baru-baru ini telah berlangsungnya pengambaran Juadah Biskut Raya dan Lauk-Pauk Hari Raya bersama Team Majalah Saji ( Utusan Karya Sdn. Bhd. ).Bagi yang meminati Juadah menu Hari Raya nantikan edisi Khas Bumper daripada Majalah Saji pada keluran bulan Ogos.Terima Kasih kepada Team Majalah Saji yang sudi hadir ke Rumah saya ( Chef Arm ) di Johor Bahru bagi melengkapkan Juadah Raya untuk Majalah Saji nanti.Kali ini saya telah menampilkan 20 hidangan khas buat judah hari raya iaitu 10 jenis Biskut Raya dan 10 Jenis Hidangan Lauk-Pauk Raya, diantara menunya ialah Serunding Kelapa, Serunding Daging, Ayam Masak kicap Lada Hitam, Rendang Tok Ayah Selatan, Acar Mentah, Acar Buah Dengan Laici, Nasi Lemon Dan Kunyit, Nasi Impit Selatan Berkuah Kacang, Nasi Impit Goreng Berlauk & Nasi Impit Goreng Berempah.Bagi Hidangan Biskut Raya pula adalah seperti Biskut Coklat Chip, Biskut Oat Rangup, Biskut Corn Flakes Cip Coklat, Biskut Udang Kering, Biskut Berempah Kari, Biskut koko Kopi, Biskut Nestum, Biskut Kacang Tanah, Biskut Mentega Tradisional & Biskut Tart Coklat.Inilah antara sajian yang telah saya sempat sajikan untuk Majalah Saji yang akan datang nanti bagi keluran Khas Bumper Juadah Raya.Saya juga difahamkan bahawasanya Majalah Saji akan menampilkan koleksi Juadah Khas hari Raya ini dengan pelbagai juadah menu hari raya dari Selatan Tanah Air iaitu selain saya ( Chef Arm ) terdapat juga resipi hari raya daripada Hotel Thistle Johor Bahru, Hotel Dorsett Johor Bahru & Hotel The Zone Johor Bahru.Sememangnya kenangan memasak untuk Juadah Raya kali ini bersama Majalah Saji mengingatkan saya masa malam raya tahun-tahun lepas yelah sanggup tak tidur satu malam sibuk dengan memasak dan menghias rumah, erm biasalah raya setahun sekali.Memang kehangatan serta kemeriahan Hari Raya sudah pun saya terasa ketika menyediakan pelbagai sajian ini.Jangan lupa nantikan Majalah Saji Khas Juadah Aidilfitri ini pada bulan ogos nanti.

Tiada ulasan: