Khamis, 7 Januari 2010

Lembaga Pemasaran Pertanian ( FAMA )




Lembaga Pemasaran Pertanian atau lebih dikenali dengan panggilan fama kini semakin menggorak langkah demi mempromosikan produk keluaran Fama ke peringkat yang lebih tinggi.Produk Fama ini terdiri daripada 2 jenama iaitu Olemas dan Agromas, diantara produk keluarannya terdiri daripada Tepung Goreng, Madu Lebah, Jem Belimbing, Jem Roselle, Mee Bandung Segera, Bawang Goreng dan pelbagai produk lagi.Keluaran produk Fama ini adalah sepenuhnya keluaran Malaysia yang bermutu tinggi lagi berkualiti.Fama juga turut membantu pengusaha kecil dalam pembangunan perniagaan dan tidak ketinggalan juga Fama turut terlibat dalam mempertingkatkan kualiti dan pembangunan Pasar Tani ini adalah bagi membantu meningkatkan ekonomi Negara dan juga taraf kehidupan rakyat dalam perniagaan industri kecil mahupun Industri Desa yang memasarkan produk hasil tani yang sememangnya segar.Untuk maklumat yang lebih lanjut akan produk keluaran Fama layarilah laman Rasmi Fama di http://www.fama.gov.my/ Gambar ini menunjukkan sebahagian produk keluaran Fama dan hidangan ringkas yang telah saya sediakan menggunakan produk keluaran Fama.Disini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Fama yang telah sudi menjadi penaja dalam penerbitan Buku Masakan Menu Sajian Antarabangsa Chef Arm.Di bawah ini saya berikan satu resipi hidangan Sarapan Pagi yang menggunakan produk keluaran Fama yang sememangnya sedap dan Selamat Mencuba.




Toast Belimbing & Roselle Bersama Rojak Agromas

Bahan-bahan : -

4 Keping Roti
2 camca Besar Jem Belimbing Agromas
2 Camca Besar Jem Roselle Agromas
2 Biji Telur Ayam ( Dipukul Perlahan )
Sedikit Minyak Untuk Menggoreng
1 Biji Jambu Air
1 Camca Besar Kuah Rojak Dengan Madu Agromas


* Cara Penyediaannya : -

01. Mula-mula sapukan jem belimbing agromas pada permukaan roti dan takupkan dengan roti lain diatasnya.
02. Kemudian sapukan pula jem roselle agromas pada roti dan takupkan juga dengan roti yang lain.
03. Setelah itu saluti keseluruhan roti tersebut dengan telur ayam yang telah dipukul tadi.
04. Kemudian bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.Setelah itu bolehlah hidangkan bersama jambu air yang dicurahkan dengan sedikit kuah rojak dengan madu agromas.

05. Siap untuk dinikmati ( Selamat Mencuba )

Tiada ulasan: