Sabtu, 21 Julai 2012
Pencarian Peserta Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012.
1.
PENCARIAN
PESERTA PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 YANG AKAN
DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 ( Ahad ) DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU
ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES.
P
PENCARIAN
PESERTA PERTANDINGAN MASAKAN CABARAN RENDANG RAYA 2012 YANG AKAN
DIADAKAN PADA 12HB OGOS 2012 ( Ahad ) DI SKUDAI PARADE JOHOR BAHRU
ANJURAN CHEF ARM KITCHEN SERVICES.
1. Peserta pertandingan
adalah secara individu dengan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50
sahaja untuk Tabung Amal Titian Kaseh.
2. Sekurang-kurangnya 20
penyertaan akan bertanding dan pertandingan ini juga terbuka buat semua
warga Malaysia, Singapura & Indonesia tidak mengira bangsa, agama,
umur dan jantina.Sewaktu pertandingan ini nanti peserta diwajibkan
mengenakan tema pakaian hari raya.
3. Peserta hendaklah membawa bahan-bahan masakan rendang dan peralatan
masakan seperti pinggan, mangkuk, senduk, sudu, pisau dan kuali sendiri
daripada rumah.Pihak penganjur hanya akan menyediakan dapur gas sahaja.
4. Masakan Rendang berkonsepkan Tradisional ataupun moden dan masakan
rendang adalah bebas.Sekiranya bahan masakan anda perlu dikisar ataupun
ditumbuk ia perlulah telah siap sedia daripada rumah, begitu juga
sekiranya daging perlu direbus ataupun hendak menggoreng ayam terlebih
dahulu ianya haruslah telah siap daripada rumah.Anda hanya tinggal
memasak rendang sahaja sewaktu di Skudai Parade.
5. Permarkahan
akan dinilai dari segi rasa, cara persembahan hidangan, kebersihan dan
yang paling penting adalah keaslian rendang yang akan dinilai oleh
seorang panel juri yang berpengalaman dalam bidang masakan.
9. Hadiah-hadiah :
Tempat pertama : Wang Tunai RM300.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat kedua : Wang Tunai RM200.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah sampingan.
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100.00 + 2 buah Hamper Tajaan + 5 Hadiah Sampingan.
Saguhati ke-4 & ke-5 : 2 buah Hamper Tajaan dan 5 Hadiah sampingan.
Saguhati ke-6 hingga ke-8 : 2 buah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.
Saguhati Ke-9 hingga Ke-20 : Sebuah Hamper Tajaan dan 3 Hadiah Sampingan.
* Jika berminat anda boleh hubungi Chef Arm di talian 017-8276084 /
017-7257494 ataupun terus tinggalkan nama penuh anda, Alamat rumah, No.
Telefon dan nama masakan anda.
* Hamper & hadiah adalah
tajaan Ita Delights, Ajinomoto, Nestle, Jamu Mak Dara, Gardenia,
Citrawawa Choc & Craft, Chef Arm Kitchen Services, Skudai Parade dan
Majalah Buckjet.
Khamis, 19 Julai 2012
Kelas Masakan Bersama Selebriti Chef Arm & Maggi.
Alhamdulillah, kelas masakan Nasi Arab, Ayam Panggang Berempah dan Roti Piza
bersama Chef Arm telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.Para
peserta cukup gembira bukan sahaja dapat menikmati hasil air tangan Chef
Arm malah mereka dapat juga membawa pulang segala masakan
tersebut.Disamping itu juga mereka mendapat majalah masakan, buku
resipi, Goodie bag produk nestle semuanya secara percuma
sahaja.terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menyertai kelas
masakan ini dan terima kasih jua kepada para penaja yang terdiri
daripada Nestle.
Sabtu, 14 Julai 2012
Kelas Masakan Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.
Kepada
sesiapa yang berminat untuk menyertai Kelas masakan Bersama Selebriti
Chef Arm di Johor Bahru boleh PM saya dengan Segera ayaupun terus
hubungi saya di talian 017-8276084 / 017-7257494.
Tarikh : 18hb Julai 2012 ( Rabu )
Masa : 12 Tengahari sehingga selesai.
Tempat : Chef Arm Kitchen Services, No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.
Kos bayaran : RM100 Seorang. ( Nasi Arab, Ayam Panggang Berempah dan Roti Piza )
Jumaat, 13 Julai 2012
Program Tabung Amal Titian Kaseh Bersama Chef Arm.
Chef Arm Kitchen Services akan menganjurkan satu Program Tabung Amal Titian Kaseh bagi membantu golongan seperti Anak Yatim Piatu, Warga Emas dan Ibu Tunggal pada bulan Ramadhan & syawal ini.Kepada sesiapa yang bermurah hati untuk membantu meringankan beban mereka bolehlah hulurkan sumbangan dalam bentuk Sumber Kewangan, Bahan Makanan, Pakaian Terpakai ataupun Bahan Bacaan.Sekiranya berminat untuk sama2 membantu Silalah PM saya dengan segera.
Ahad, 8 Julai 2012
Kelas Masakan Kek Bersama Chef Arm Di Johor Bahru.
Alhamdulillah, kelas masakan kek bersama Chef Arm telah pun berlangsung dengan jayanya semalam.Para peserta cukup gembira bukan sahaja dapat menikmati hasil air tangan Chef Arm malah mereka dapat juga membawa pulang segala masakan tersebut.Disamping itu juga mereka mendapat majalah masakan, buku resipi, Goodie bag produk nestle dan Fonterra semuanya secara percuma sahaja.terima kasih kepada semua peserta yang telah pun menyertai kelas masakan ini dan terima kasih jua kepada para penaja yang terdiri daripada Nestle dan Fonterra.
Langgan:
Catatan (Atom)