Ahad, 13 Disember 2009

Peringkat Akhir Pertandingan Lively & Delicious Cooking With Ajinomoto Product












Pada 12/12/2009 telah berlangsungnya Peringkat Akhir Pertandingan Lively & Delicious Cooking With Ajinomoto Product.Pertandingan ini dijalankan di D'Umami Station dan berlangsung sekitar 3 jam bermula daripada jam 10.30 pagi hingga 1.30 Tengahari.Pertandingan ini terdiri daripada 4 kategori iaitu kategori sup yang menggunakan produk Vono, kategori Nasi Goreng yang menggunakan produk Seri Aji, kategori hidangan utama yang menggunakan produk Tumix dan kategori pencuci mulut yang menggunakan produk slim-up ataupun Pal sweet.Tidak disangka-sangka saya juga telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Pertandingan Lively & Delicious Cooking With Ajinomoto Product dengan mengetengahkan menu Bebola Daging Berempah dan bertanding bagi kategori hidangan utama yang menggunakan produk tumix.Pertandingan ini telah diadili oleh Pengurus Bahagian Coporate Communication Ajinomoto ( M ) Berhad dan Chef Judy Loh.Hadiah-hadiah yang ditawarkan berupa Hamper Produk Ajinomoto, Piala dan Wang Tunai.Layarilah laman Rasmi Ajinomoto di http://www.ajinomoto.com.my/ bagi mengetahui lebih lanjut akan fungsi Umami dan teruskanlah menyokong produk keluaran Ajinomoto.

Tiada ulasan: