Pada 04/12/2009 hingga 10/12/2009 selama 7 hari saya sendiri, Pihak Buku Prima Sdn. Bhd dan Jurugambar daripada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd telah berkampung di D'Umami Cooking Studio Station, Ajinomoto ( M ) Berhad bagi penerbitan Buku Masakan Menu Sajian Antarabangsa Chef Arm.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Penerbitan Buku Masakan ini.Para penaja terdiri daripada Ajinomoto ( M ) Berhad, Shriro ( M ) Sdn. Bhd, EMP Sdn. Bhd, Delfi Marketing Sdn. Bhd,Gardenia bakeries Sdn. Bhd, Prima Komited Sdn. Bhd, Diethelm ( M ) Sdn. Bhd, Socma Trading Sdn. Bhd & Lembaga Pemasaran Pertanian ( Fama ).Penghargaan yang paling tidak terhingga kepada pihak Ajinomoto ( M ) Berhad kerana menjadi penaja utama yang telah memberi tajaan Lokasi Pengambaran, Tajaan Produk, Tajaan Jamuan sewaktu Sidang Media dan juga bantuan dari segi kakitangan ( crew ).Terima Kasih juga kepada Shriro ( M ) Sdn. Bhd yang menaja produk Agnesi dalam bentuk Minyak Zaitun, Cuka dan Pasta.Sekalung penghargaan juga kepada EMP Sdn. Bhd yang sudi menaja produk-produk keluaran Ezany iaitu seorang pelakon terkenal Tanahair iaitu Ezany Nizariff yang mengeluarkan produk-produk seperti kicap, sos cili, sos tomato, cuka dan belacan.Sebuah syarikat tajaan yang produknya cukup terkenal turut menaja dalam penerbitan Buku Masakan ini adalah Delfi Marketing Sdn. Bhd yang menaja coklat Hershey.Tidak ketinggalan juga sebuah syarikat besar dalam bidang pembuatan roti turut menaja iaitu Gardenia Bakeries Sdn. Bhd.Terima Kasih juga kepada Socma Trading (M ) Sdn. Bhd yang menaja produk santan cair, santan pekat, minyak jagung dan tisu bagi memastikan setiap hidangan nampak lebih cantik dan bersih.Akhir sekali terima kasih kepada Diethelm Sdn. Bhd dengan produk tajaannya iaitu Minyak Zaitun Bertolli yang sememangnya amat berkualiti lagi bermutu tinggi.Kepada Puan Mashita daripada Prima Komited Sdn. Bhd terima kasih kerna sudi hadir bagi menyaksikan pengambaran Buku Masakan tersebut dijalankan dan terima kasih juga kepada fama yang turut memberikan tajaan.Buku Masakan saya ini akan berada di pasaran sekitar awal tahun 2010 dengan membawa judul Menu Sajian Antarabangsa Chef Arm yang diterbitkan oleh Buku Prima Sdn. Bhd yang berharga RM 19.90.Buku Masakan ini menampilkan 60 Resipi hebat lagi mantap daripada seluruh pelusuk negara.Antara Menu yang terdapat dalam Buku masakan ini adalah seperti salad Sayur-sayuran, salad Timun beryogurt, salad Ayam Beryogurt, Daging Ayam Dengan Sup Betik, Sup Brokoli, Sup bawang Besar, Sup Tomato, Sup Kupang, Nasi Khazanah laut, Nasi Ikan Salmon Bersos Tiram, Nasi Goreng Ala Hawaii, Nasi Goreng Labu, Spagheti Ikan Bakar Berkeju, Spagheti Makanan Laut, Spagheti Lala Bercili, Spagheti Tom Yam, Spagheti Ayam Ala China, Spagheti daging Lembu Bolognaise, Spagheti Tomato, Spagheti Berempah Ala Malaysia, Spagheti Bolognaise Bercili, Spagheti Bijirin dan Buahan Kering, Pasta Farfale Dengan Lada, Pasta Lada Hitam, Pene Brokoli dengan Ayam Belanda, Makaroni Cendawan, Makaroni Goreng Berempah, Lasagne Ayam, Kentang panggang Dengan Keju Cheddar, Hirisan Kentang panggang Bersama Ayam, Kepak Ayam Panggang Berkeju, Ayam Panggang Mangga, Salmon Panggang Berkeju, Udang panggang Yogurt, Ketam Bakar Berkeju, Ayam Masala, Udang Masak asam Beraroma, Kari Ikan Bermangga, Gulai Ikan Salmon Asam Pedas, Salsa Berempah Sensasi, Labu Berempah Bombay, Kubis Gulung Berinti, Telur Bungkus Daging, Telur Sumbat Isi Udang, Telur dadar Kentang & Daun Basil, Jemput-jemput Betik, Pai Ayam, Kebab Ayam Tanduri, Casserole Ayam, Pizza Daging, Coklat Putih valentine, Tart Kelapa, Tart Buah Peach, Puding Mangga Masam Manis, Puding Sitrus, Puding Roti Yogurt, Manisan Pasta Buahan, Skon Titis Enak, Muffin Mangga dan Kek Coklat Koko.Terima Kasih juga diatas kehadiran Pihak Buku Prima Sdn. Bhd, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd, Majalah Rasa, Majalah Dapur Impiana, Majalah Libur, Majalah Saji, Akbar Utusan Malaysia, PTS Milennia Sdn. Bhd dan kepada semua Penaja sewaktu sidang Media Penerbitan Buku Masakan Menu Sajian Antarabangsa Chef Arm.Untuk Maklumat lanjut akan Buku Masakan saya ini layarilah http://www.bukuprima.com.my/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan