Dapatkan Artikel Tips Pemakanan Bersama Chef Arm Di Majalah Aroma Keluaran Bulan Januari 2014.
Dapatkan Artikel Tips Makanan Bersama Chef Arm
berkaitan Penyediaan Kuih Bakul Sempena Perayaan Tahun Baru Cina di
Majalah Aroma terbitan Suri Media keluaran bulan Januari 2014 yang kini
sudah pun berada di pasaran.
120g Roti Gardenia
1/3 Cawan Kismis
4 Biji Telur Ayam
2 Camca Besar Gula
150g Yogurt Buah Aprikot Rendah Lemak
Sedikit Ceri Merah
Cara Penyediannya : -
Panaskan ketuhar hingga 180c.
Lenser bekas mangkuk pai muatan 3 cawan.
Potong tepi kulit roti, sapukan mentega diatas roti dan potong dadu.Susunkan separuh daripada roti di dalam mangkuk pai.Taburkan kismis diatasnya dan ulangi proses ini dengan baki roti dan kismis.Pukul telur dan gula hingga sebati.Masukkan yogurt.Sendukkan ke atas roti, biarkan selama 30 minit.Letakkan mangkuk ke dalam dulang pembakar.Tuangkan air panas ke dalam dulang tidak melebihi 2 cm dari bahagian mangkuk pai.Bakar selama 40 minit atau sehingga ia tidak melekat pada pisau apabila dicucuk.Angkat puding dan sejukkan.Potong berbaji atau kepingan, hiaskan dengan ceri jika digunakan dan hidangkan panas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan