Selasa, 20 Julai 2010

Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku MPH @ Great Eastern Mall Ampang

Baru-baru ini pada 18hb Julai 2010 telah berlangsungnya Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm bersempena dengan Pesta Buku MPH di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.Pada hari itu saya telah menunjukkan 3 jenis hidangan iaitu Rojak Petis Ala Singapura, Sup Pedas Ala Siam & Telur Kukus Sri Rampai, ini adalah bagi mempromosikan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dibawah penerbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. Terima Kasih pada semua warga kerja team MPH yang cukup peramah, lawak seperti sudah lama berkenalan.Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan saya yang sudi hadir memberikan sokongan iaitu Chef Johan Sinam.

Tiada ulasan: