Khamis, 29 Oktober 2009

Menu Istimewa Chef Arm



Pastikan anda semua mendapatkan senaskah Majalah Saji keluaran November 2009 kerana di dalamnya terdapat cerita yang amat menarik serta resepi-resepi hebat daripada saya ( Chef Arm ) antaranya Nasi Goreng Ceritera Chef Arm, Spagheti Goreng Ala Kampung dan Tortila Daging Berempah, dan jangan lupa juga untuk mencuba resepi juara ayam panggang iaitu Ayam Panggang Berempah Sensasi hasil ciptaan hebat saya sendiri.Apa yang paling membanggakan saya dan menjadi satu penghargaan pada diri saya apabila gambar resepi menu sajian hasil ciptaan saya iaitu Tortila Daging Berempah menjadi cover muka hadapan majalah tersebut.jangan ketinggalan untuk mendapatkannya di pasaran hari ini juga hanya dengan harga RM 5.50 sahaja.Diharapkan setelah anda semua mendapatkannya cubalah sendiri akan kenikmatan dan kelazatan masakan tersebut yang sememangnya sedap.Selamat Mencuba!!!bagi mendapatkan resipi hebat ini anda juga boleh melayari laman web http://www.utusankarya.com.my/ atau http://www.sajionline.com.my/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.