Rabu, 30 Oktober 2013

Jom Join Percutian Kulinari Ke Negeri Sabah Bersama Selebriti Chef Arm.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam Program Percutian Kulinari Bersama Selebriti Chef Arm ke Negeri Sabah ( kota Kinabalu, Kundasang & Ranau ) selama 4 hari 3 malam pada 12hb Disember 2013 sehingga 15hb Disember 2013 dengan kos hanya sebanyak RM1200 ( Dewasa ) dan RM600 ( Kanak-kanak ). Pakej ini termasuk kos tiket penerbangan pergi & balik, Pengangkutan bas di Sabah, Penginapan Hotel selama 4 hari 3 malam, Luggage ( pergi & balik ), Pemandu pelancong, Insurans, makan & minum ( sarapan, Tengahari & makan malam ) dan bayaran masuk lokasi pelancongan.Terhad untuk 30 orang peserta sahaja ( PM saya atau hubungi saya ditalian 017-7257494 - Chef Arm dengan segera kepada sesiapa yang berminat ).

Pakej 4H3M di Kota Kinabalu Sabah (RM1,200/pax)

HARI 1
* Dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ( KKIA )
* MaKan Malam.
* Check In Hotel.
* Aktiviti Bebas.

HARI 2
* Sarapan Pagi.
* lawatan & Bergambar Kenangan di Taman Kinabalu ( Berlatar belakangkan Gunung Kinabalu ).
* Membeli Belah hasil Kraftangan di Taman Kinabalu.
* Lawatan ke Kolam Air Panas Poring.
* Menikmati pengalaman dan pemandangan indah dengan berjalan di Jambatan Gantung dari pokok ke pokok.
* Melihat Bunga Rafflesia
* Makan Tengah hari.
* Lawatan ke ladang Lembu New Zealand, Kundasang.
* Lawatan ke Ladang Strawberi.
* Lawatan ke Ladang Vanila.
* Makan Malam.
* Aktiviti Bebas.

HARI 3
* Sarapan Pagi.
* Lawatan ke Muzium Negara Sabah.
* Lawatan Ke Rumah Kebudayaan Sabah.
* Membeli-Belah di Pasar Kraftangan Sinsuran.
* Makan Tengahari.
* Membeli Belah DI One Borneo ( Shopping Mall Terbesar Di Sabah ).
* Ronda-ronda sekitar Bandar Kota Kinabalu.
* Membeli Belah di Pasar Malam.
* Lawatan ke Signal Hill.
* Makan Malam.
* Aktiviti Bebas.

HARI 4
* Sarapan Pagi.
* Membeli Belah di Pasar Gaya.
* Membeli Belah di Pasar Filipin.
* Berlepas Balik ke KLIA

Rabu, 23 Oktober 2013

Dapatkan Buku-Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia Di Ekspo Buku Islam Selangor Ke-9.

Datanglah beramai-ramai ke Ekspo Buku Islam Selangor ke-9 yang akan diadakan pada 24hb Oktober 2013 sehingga 02hb November 2013 dari jam 10 pagi hingga 9 malam di Dewan Serbaguna AU2, Taman Sri Keramat.Jangan lupa untuk mendapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia antaranya berjudul Hidangan Terbaik Dunia - Brunei, Hidangan Terbaik Dunia - Singapura, Hidangan Terbaik Dunia - Siam dan CIta Rasa Malaysia - Sabah.

Sabtu, 12 Oktober 2013

Jom Join Kelas Masakan Bersama Chef Arm Di Johor Bahru Pada 27hb Oktober 2013.




Buat Warga Johor Bahru nantikan Kelas Masakan Lauk-Pauk Bersama Selebriti Chef Arm pada 27hb Oktober 2013 ( Ahad ) yang akan diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan bertempat di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.Yuran yang dikenakan hanyalah serendah RM100 seorang sahaja untuk 3 jenis hidangan ( Ayam Masak Coca Cola, Ayam Bersos Kacang & Ayam Halia ) kalau berminat boleh PM atau hubungi saya ditalian 017-7257494 dengan segera.

Khamis, 10 Oktober 2013

Jom Join Kelas Masakan bersama Chef Arm Di Johor Bahru pada 20hb Oktober 2013.



Buat Warga Johor Bahru nantikan Kelas Masakan Lauk-Pauk Bersama Selebriti Chef Arm pada 20hb Oktober 2013 ( Ahad ) yang akan diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan bertempat di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.Yuran yang dikenakan hanyalah serendah RM100 seorang sahaja untuk 3 jenis hidangan ( Ayam panggang Nanas, Ayam Masak Masam Manis & Rendang Ayam ) Jika berminat boleh PM atau hubungi saya ditalian 017-7257494 dengan segera.

Jom Join Kelas Masakan Bersama Chef Arm Di Johor Bahru Pada 13hb Oktober 2013.




Buat Warga Johor Bahru nantikan Kelas Masakan Barat Bersama Selebriti Chef Arm pada 13hb Oktober 2013 ( Ahad ) yang akan diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengahari dan bertempat di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.Yuran yang dikenakan hanyalah serendah RM80 seorang sahaja untuk 3 jenis hidangan ( Makaroni Goreng Berempah, Seafood Spagheti Aglio Olio & Pasta lada Hitam ) Jika berminat boleh PM atau hubungi saya ditalian 017-7257494 dengan segera.

Khamis, 3 Oktober 2013

Dapatkan Resipi Istimewa Hidangan Di Aidiladha Daripada Chef Arm Di Majalah Wanita Keluaran Bulan Oktober 2013.




Dapatkan Resipi Istimewa sempena Hari Raya Aidiladha daripada Chef Arm di Majalah Wanita Terbitan Utusan Karya keluaran bulan Oktober 2013.Antara hidangan yang disajikan adalah seperti Serunding Kelapa Selatan, Acar Rampai, Ayam Berlada Lengkuas, Nasi Hujan Panas dan Rendang Bakar.Dapatkan sekarang, ianya sudah pun berada di pasaran.

Dapatkan Artikel Berkaitan Hidangan Berkhasiat Korea Selatan Kendalian Chef Arm Di Majalah Aroma Keluaran Bulan Oktober 2013.


Dapatkan Artikel berkaitan Hidangan Berkhasiat Korea Selatan yang dikendalikan oleh Chef Arm di Ruangan Tips Makanan Bersama Chef Arm di Majalah Aroma Terbitan Suri Media keluaran bulan Oktober 2013.Dapatkan sekarang, ianya sudah pun berada di pasaran.