Jumaat, 31 Ogos 2012

Chef Arm Di Karnival Teknik & Vokasional 2012.

Baru-baru ini Chef Arm telah diundang bagi mengadakan Demonstrasi Masakan, Memberikan Ceramah Kerjaya dan menjadi juri Pertandingan Masakan MasterChef Junior di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 Sempena Karnival Teknik & Vokasional 2012.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Program Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012 Anjuran Chef Arm Kitchen Services telahpun berlangsung dengan jayanya.


Alhamdulillah Program Pertandingan Masakan Cabaran Rendang Raya 2012 anjuran Chef Arm Kitchen Services baru-baru ini telah pun berjalan dengan lancarnya di Skudai Parade Johor Bahru.Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan disana antaranya pelancaran Tabung Amal Titian Kaseh, Majlis Pelancaran Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia, Jualan Biskut Raya, Jualan Pakaian, Jualan Kek Lapis Sarawak, Jualan Buku Resipi, demo Masakan daripada Chef Arm dan banyak lagi.

Khamis, 16 Ogos 2012

Buku Resipi hasil Karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia tersenarai antara 200 buku PTS yang terlaris sepanjang Januari hingga Jun 2012.


Alhamdulillah buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah penerbitan PTS Millennia diantaranya yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura adalah antara 200 judul Buku PTS yang terlaris jualannya pada awal tahun 2012 daripada awal bulan Januari 2012 sehingga akhir bulan Jun 2012.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Buku Resipi Hasil Karya Chef Arm Terbitan PTS Millennia Yang Berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam Dan Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura terlaris jualannya bagi Bulan Julai 2012.

Buku Resipi hasil karya Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura di bawah penerbitan PTS Millennia antara judul buku terbitan PTS yang terlaris jualannya bagi bulan Julai 2012.Terima kasih buat semua atas sokongan anda.