Rabu, 25 April 2012

Dapatkan Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Jangan lupa untuk luangkan masa anda hadir ke Pesta Buku Antarabangsa 2012 yang akan diadakan pada 27hb April 2012 hingga 06hb Mei 2012 di Booth H01-H16, Dewan Tun Hussien Onn, PWTC, Kuala Lumpur.Jangan lupa dapatkan pelbagai buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah Terbitan PTS Millennia.Pelbagai diskaun hebat menanti anda.

Selasa, 3 April 2012

Dapatkan Buku Resipi Chef Arm Di Pesta Buku Sinar Bestari Kuala Selangor.

Jom ramai-ramai ke Pesta Buku Sinar Bestari Kuala Selangor yang diadakan pada 30hb Mac 2012 hingga 08hb April 2012 bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dan bertempat di Ground Floor, 1 Plaza, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.Dapatkan buku-buku resipi hasil karya Chef Arm di bawah terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) yang berjudul Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm.Pelbagai diskaun hebat yang menanti anda.

Ahad, 1 April 2012

Rakaman Video Masakan Bersama Chef Arm Anjuran Geoflex Sdn. Bhd.

Baru-baru ini Chef Arm telah menjalani pengambaran bagi rakaman video masakan sempena Mini Gathering Lets TryMasak ke-2 anjuran Geoflex Sdn. Bhd. yang telah pun diadakan di Silverspoon International College, Puchong, Selangor.Sewaktu program ini Chef Arm telah menunjukkan hidangan masakan asli Thailand iaitu Todman Pla.