Isnin, 19 September 2011

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm Cukup Meriah.



Baru-baru ini pada 18hb September 2011 bersamaan dengan hari Ahad telah berlangsungnya Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm di Kediaman Chef Arm yang beralamat di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, 81200 Johor Bahru.Rata-rata kebanyakannya yang hadir adalah sahabat dan para peminat Chef Arm.Setiap yang hadir bukan sahaja dapat merasai hidangan hasil air tangan Chef Arm malah dapat juga Majalah Masakan The Cook secara percuma.

Demonstrasi Masakan Sempena Festival Makanan 1 Malaysia Di UTM Kuala Lumpur.

Pada 17hb September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu Pihak UTM Kuala Lumpur telah mengundang Chef Arm bagi mengadakan Demonstrasi Masakan bersempena dengan Festival Makanan 1 Malaysia.Sewaktu program ini Chef Arm telah menunjukkan 2 jenis hidangan Masakan yang ringkas iaitu Mee Segera Bersos Bolognese dan Kerabu Limau Bali Dengan Mangga Muda.

Chef Arm Menjadi Tetamu Jemputan Bagi Rancangan Nasi Lemak Kopi O Secara Langsung Di TV9.

Pada 17hb September 2011 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu dari jam 8 Pagi hingga 10 pagi, Chef Arm telah menjadi tetamu jemputan bersama dengan Chef Jason & Chef Anis Nabila bagi bual bicara mengenai Rendang secara langsung di TV9 daripada Sri Pentas TV3 dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O yang telah diacarakan oleh Maria Tunku Sabri.Dalam Rancangan ini setiap Chef Jemputan telah diminta menyediakan satu jenis hidangan Rendang dan berkongsi akan tips, cara penyediaan dan sebagainya mengenai Rendang.Sewaktu Rancangan ini Chef Arm telah menyediakan hidangan Rendang Kambing.