Ahad, 28 Ogos 2011

Tea Talk Series Khas Ramadhan & Syawal Bersama Selebriti Chef Arm Di UMW Corporation ( Majalah Aroma - Edisi Syawal Bulan September 2011 )

Program Tea Talk Series Khas Ramadhan & Syawal anjuran UMW Corporation  dan Geoflex Sdn. Bhd. ( Try Masak ) bersama Selebriti Chef Arm telah berlangsung dengan jayanya pada 28hb julai yang lalu.Program yang diadakan di Auditorium UMW Corporation, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor ini telah dikendalikan oleh Pakar Masakan yang juga merupakan Penulis Buku Resipi, Pengacara Rancangan TV iaitu Shamsul Anuar Yusof ataupun lebih dikenali dengan panggilan Chef Arm.Untuk mengetahui akan cerita penuh program ini jangan lupa dapatkan Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.

Chef Arm Diundang ke Seminar Bakeri Malaysia 2011 ( Majalah Aroma - Edisi Syawal Bulan September 2011 )

Baru-baru ini Chef Arm telah mendapat jemputan oleh pihak California Milk Advisory Board bagi menghadiri Seminar Bakeri Malaysia 2011 yang diadakan di Taylors University College.Seminar ini diadakan bertujuan bersempena dengan syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.Pelbagai hidangan dipertunjukkan antaranya kek, puding, biskut dan roti yang menggunakan produk california Milk & California Cheese yang telah didemonstrasikan oleh Pakar masakan daripada Amerika.Anda juga boleh membaca artikel program ini sepenuhnya di Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.


Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm

Dijemput semua sahabat & peminat-peminat Chef Arm untuk menghadiri ke Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm pada 18/09/11 ( Ahad ) dari jam 12 Tengahari hingga 10 malam di Kediaman Chef Arm yang terletak di No.24, Jalan Rawa 18, Taman Perling, Johor Bahru.Untuk pengetahuan semua juga iklan jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri Selebriti Chef Arm ini juga telah disiarkan di Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran.Jadi jangan lupa datanglah beramai-ramai kerana anda akan mendapatkan Majalah masakan secara percuma daripada Chef Arm.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh menghubungi Chef Arm ditalian 017-8276084 ataupun 017-7257494

Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand.

Sekiranya anda semua berminat untuk menyertai program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand, boleh dapatkan maklumat lanjut di dalam Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 ataupun terus menghubungi Editor Majalah Aroma iaitu Cik Siti Dimiati di talian 019-3049063 untuk tempahan tempat & info lanjut.Pelbagai aktiviti akan diadakan, pelbagai goodie bag secara percuma akan diberikan pada setiap peserta.Program ini akan berjalan pada 11/11/11 sehingga 14/11/11 selama 4 hari 3 malam.Bayaran yang dikenakan hanyalah RM1500 sahaja ( Bayaran ini adalah untuk Tiket kapal Terbang pergi & balik, Penginapan Hotel Bertaraf 4 Bintang selama 4 hari, makan minum selama 4 hari-sehari 3 kali, insurans, pemandu pelancong, bayaran cargo beg, bayaran bas semasa di bangkok, tiket masuk ke tempat-tempat pelancongan ) jadi tunggu apa lagi cepat daftar kerana ia sememangnya cukup berbaloi coz ada liputan oleh pihak media sekali.

Istimewa Hidangan Kuih Raya Chef Arm ( Majalah Aroma - Edisi Syawal Bulan September 2011 )

Jom mencuba pelbagai hidangan kuih raya hasil air tangan Chef Arm buat semua pembaca Majalah Aroma, jadi jangan lupa dapatkan Majalah Aroma keluaran Edisi Syawal bulan September 2011 Terbitan Suri Media Sdn. Bhd. yang kini sudahpun berada di pasaran.Antara hidangan yang disajikan oleh Chef buat buat tatapan para pembaca Majalah aroma ialah Dodol, Kuih Bakar, Biskut Makmur, Biskut cokelat swiss dan Biskut Badam Emping Jagung.Selamat mencuba..........................

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jom Sertai Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok, Thailand.

Jom ramai-ramai menyertai program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm yang dianjurkan secara bersama oleh Suri Media Sdn. Bhd. ( Majalah Aroma ) dan Chef Arm Kitchen Services.Di bawah ini akan disertakan maklumat program tersebut dan sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi saya secara terus di talian 017-8276084 ( Chef Arm ) atau Siti Dimiati di talian 019-3049063 ( Editor Majalah Aroma ).


Nama Program : Program Masakan Sambil Melancong Bersama Selebriti Chef Arm Ke Bangkok.

Tarikh : 11hb November 2011 - 14hb November 2011 ( 4 Hari 3 Malam )

Bayaran : RM1500 sahaja ( Termasuk Tiket Penerbangan Pergi & Balik, Pengangkutan Bas, Makan minum- sehari 3 kali, Penginapan Hotel bertaraf 4 bintang, Insurans, Pemandu Pelancong & banyak lagi.

Lokasi & Aktiviti : - Lawatan ke tempat-tempat pelancongan di Bangkok, Thailand.       ( Floating Market / Chantucak Market & banyak lagi )

- Mendalami Budaya & Makanan Tradisional Masyarakat Siam di Bangkok.   

- Demo Masakan Siam daripada Selebriti Chef Arm.
                               
- Pertandingan Masakan Siam.

- Promosi Jualan Buku Resipi Chef Arm

- Aktiviti Memanggang Bersama Chef Arm.

- Sesi Membeli -belah.




Khamis, 11 Ogos 2011

Tea Talk Series Khas Ramadhan Bersama Chef Arm Di UMW Corporation.

Pada 10hb Ogos 2011 baru-baru ini program Tea Talk Series Khas Ramadhan & Syawal Bersama Chef Arm di UMW Corporation anjuran UMW Corporation dengan kerjasama Geoflex Sdn. Bhd. ( Try Masak ) yang telah dikendalikan oleh pakar masakan yang juga merupakan penulis buku resipi 7 pengacara tv iaitu Shamsul Anuar Yusof atau nama panggilannya Chef Arm yang telah disiarkan di Akbar Sinar Harian di bahagian Klik.

Seminar Bakeri Malaysia & Singapura 2011

Baru-baru ini Chef Arm telah diundang oleh pihak Real California Milk Advisory Board untuk menghadiri Seminar Bakeri Malaysia 2011 yang diadakan bersempena bulan syawal yang bakal tiba tidak lama lagi di Taylors Universiti kolej, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.Seminar ini telah dikendalikan oleh Pakar Masakan daripada Amerika iaitu Chef Robert Jorin.Beliau telah menunjukkan cara-cara penyediaan kek, roti, biskut, puding dan banyak lagi dengan penggunaan produk susu & keju.

Isnin, 8 Ogos 2011

Chef Arm Terkenang Zaman Kanak-Kanak Di Bulan Ramadhan ( Majalah Aroma Edisi Ramadhan - Bulan Ogos 2011 )

Dapatkan Majalah Aroma Edisi Khas Ramadhan terbitan Bulan Ogos 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran kerana terdapatnya cerita menarik daripada Chef Arm iaitu kenangan sewaktu di zaman kanak-kanak pada bulan Ramadhan.Jadi kalau anda semua nak tau apa kenakalan Chef Arm yang dah terbongkar kini sewaktu zaman kanak-kanaknya, jadi tunggu apa ketahuinya semua dalam Majalah Aroma Edisi Khas Ramadhan ini.

Air Tangan Chef Arm ( Juadah Ramadhan ) - Majalah Aroma Edisi Ramadhan Bulan Ogos 2011

Dapatkan dengan segera Majalah Aroma Edisi Khas Ramadhan keluaran bulan Ogos 2011 yang kini sudah pun berada di pasaran dan mencuba 7 jenis hidangan juadah Ramadhan hasil air tangan Chef Arm antaranya iaitu Gulai Daging Salai, Kari Asam Pedas Ikan Yu, Sambal Tuhau, Kerabu Ikan Tongkol, Ikan Goreng Berinti, Ye Mi Kantonis dan Kerabu Bilis & Sayuran.Jadi diharapkan anda semua dapat mencuba sendiri setiap resipi yang disajikan oleh saya ini buat semua tatapan para Pembaca Majalah Aroma.

Pembaca Majalah Aroma Mencadangkan Untuk Bertandang Ke Rumah Chef Arm.

Baru-baru ini terdapat Peminat Majalah Aroma yang telah menghantar di Ruangan Surat Pembaca pada Editor Majalah Aroma Edisi Ramadhan terbitan Bulan Ogos 2011 yang mencadangkan kepada team Aroma untuk bersama2 peminat menjenjuk ke ruangan dapur peribadi rumah Chef Arm ini adalah bagi berkongsi tip2 masakan dan info akan susun dapur peralatan masak di dapur serta sebagainya.Bagi pihak saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan cadangan ini malah lebih mengalu-alukan kedatangan Team Aroma ke rumah saya bersama2 peminatnya untuk lebih dekat dengan Selebriti Chef Malaysia.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kini Buku-Buku Resipi Chef Arm Berada di Pasaraya Tesco Seluruh Malaysia.

Kini anda semua boleh dapatkan kesemua judul buku-buku resipi Chef Arm di bawah terbitan PTS Millennia seperti Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa di Pasaraya Besar Tesco seluruh Malaysia.Kini Buku-buku Resipi Chef Arm terbitan PTS Millennia semakin dekat dengan anda semua.

Isnin, 1 Ogos 2011

Tea Talk Series Khas Ramadhan Bersama Chef Arm Di UMW Corporation.

Baru-baru ini pihak UMW Corporation dengan kerjasama pihak Geoflex Sdn. Bhd. ( Try Masak ) telah menganjurkan satu program iaitu Tea Talk Series Khas Ramadhan Bersama Chef Arm yang diadakan di UMW Corporation Khas sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.Sewaktu Program ini Chef Arm telah menunjukkan Demonstrasi 3 Jenis Masakan iaitu Kerabu Limau Bali, Nasi Goreng Tom Yam dan Kaya French Toast.Chef Arm juga sempat mempromosikan kesemua judul Buku-buku resipi serta program TV yang diacarakannya.