Khamis, 25 November 2010

Buku Resipi Chef Arm Turut Dipromosikan Di Restoran Kek Mma & HPA Halal Mart Klang.

Terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan Restoran Kek Mma & HPA Halal Mart Bukit Tinggi Klang yang telah sudi membenarkan Buku-buku Resipi Chef Arm dipamerkan di premis mereka dan  mempromosikan Buku Resipi Chef Arm.Kepada mereka yang berkunjung di premis mereka ini dan berminat untuk mendapatkan buku-buku resipi Chef Arm tersebut jangan risau kerana anda boleh mendapatkannya di Kedai Buku Popular atau MyNews.com di Jusco Bukit Tinggi, Klang yang cukup berdekatan dengan premis mereka.

Ahad, 21 November 2010

Buku Resipi Chef Arm Dijual di Singapura Dan Indonesia.

Alhamdulillah tidak disangka-sangka rasanya apabila saya terjumpa sendiri pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm terbitan Pts Millennia dijual di kedai-kedai Buku di Singapura dan Indonesia.Antara koleksi Buku Resipi Chef Arm yang terkelihatan dijual adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam.Terima kasih kepada semua Masyarakat penduduk di Negara Singapura & Indonesia yang telah pun membeli buku-buku resipi Chef Arm.

Buku Resipi Chef Arm Dipromosikan Di Warung Nasi Lemak & Burger.

Memang pelik bunyinya tapi ini sememangnya kenyataan.Saya berterima kasih sangat kepada pemilik warung kerana dengan cara promosi sebegini dapat menaikkan lagi hasil jualan buku resipi Chef Arm kerana dengan cara promosi dari mulut ke mulut kepada pembeli dan seterusnya kepada rakan-rakan pembeli dan seterusnya akan diwar-warkan pada semua orang di sekitarnya.Warung-warung ini berada di sekitar Johor Bahru, sekiranya anda ingin kunjungi warung-warung ini dapatkan alamatnya secara terus daripada Chef Arm di talian 017-8276084

Khamis, 18 November 2010

Chef Arm Kini Telah Menubuhkan Chef Arm Kitchen Services.

Baru-baru ini Chef Arm telah pun menubuhkan Chef Arm Kitchen Services dimana Chef Arm menyediakan perkhidmatan seperti di bawah ini dan sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi Chef Arm di talian 017-8276084 ataupun email di ericjb23@yahoo.com.sg

1. Tempahan Pelbagai Jenis Kek untuk pelbagai acara ( Perkahwinan, Private Party, Hari Lahir dll )
2. Katering bagi Pelbagai Majlis & Acara ( Private Function, Hari Lahir dan lain-lain )
3. Penyediaan Makan Beradab bagi semua Majlis Perkahwinan mengikut kaum.
4. Demonstrasi Masakan untuk pelbagai majlis & program.( Atas Jemputan - Kerajaan, Persatuan, swasta )
5. Kelas Masakan ( Atas Jemputan - Kerajaan, swasta, persatuan, perseorangan dll )

Rabu, 17 November 2010

Buku Resipi Chef Arm Tersenarai Dalam 50 Buku Terlaris Terbitan PTS Millennia.

Baru-baru ini pihak Pts Publications & Distributors telah pun menyenaraikan 50 buah buku terlaris di pasaran bagi bulan Oktober.Menurut daripada maklumat tersebut Buku-buku resipi Chef Arm juga turut tersenarai dalam 50 buku terlaris tersebut.Antara buku terlaris tersebut adalah : -

1. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam (Tangga ke-7)
2. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura (Tangga Ke-11)
3. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur (Tangga Ke-12)
4. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa (Tangga Ke-13)


Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Millennia Telah Diulang Cetak Buat kali Ke-2

Buat pengetahuan semua peminat setia Chef Arm bahawasanya terdapat 3 buah Buku Resipi Chef Arm yang telah pun diulang cetak buat kali-2.Ini menunjukkan bahawasanya buku-buku tersebut laris di pasaran.Terima kasih kepada semua yang terus menyokong karya-karya Chef Arm.Diantara Buku Resipi yang telah diulang cetak buat kali ke-2 ialah : -

1. Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam.
2. Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur.
3. Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.

Resipi Ikan Masak Acar Kuning Hasil Ilham Chef Arm didada Akbar Berita Harian.

Pada 07hb Oktober 2010 yang lalu resipi istimewa daripada Negara Brunei yang dibawakan oleh Chef Shamsul Anuar Yusof ataupun lebih mesra dengan panggilan Chef Arm telah disiarkan didada Akbar Berita Harian di bahagian laman Wanita ( Ratu ).Resipi ini juga anda semua boleh dapatkan pada Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei Terbitan PTS Millennia yang berada di pasaran hanya dengan harga RM5.50 sahaja bagi Semenanjung Malaysia & RM6.50 bagi negeri Sabah dan Sarawak.Anda juga boleh terus mendapatkan resipi tersebut dengan hanya dengan melayari laman http://eats.emedia.com.my/

Isnin, 15 November 2010

Nantikan Kemunculan Chef Arm Dalam Rancangan INTREND Di TV2.

Kali ini Chef Arm telah dikunjungi oleh grup daripada RTM bagi rancangan Intrend yang diacarakan oleh Sufian Amri ( Ean ) di Tv2.Kunjungan ini adalah bagi merakamkan salah satu episod rancangan Intrend yang berjudul SIFU DAPUR.Dalam episod ini Chef Arm telah menunjukkan demo masakan bagi 3 jenis hidangan iaitu Pasta Lada Hitam, Sup Betik Bersama Ayam dan Kubis Gulung Berinti.Chef Arm juga telah diinterview bagi menceritakan akan kejayaan2 sebagai seorang Chef Muda yang berjaya.Nantikan kemunculan Chef Arm di kaca tv anda pada 04hb Disember 2010 ( Sabtu ) pada jam 3.30 Petang hingga 4.00 Petang di saluran RTM di TV2 dalam Rancangan Intrend.

Sabtu, 13 November 2010

Promosi Buku Resipi Chef Arm di Johor Bahru Sempena Malam Akhir Penganugerahan Pelajar.

Pada 12 November 2010 bersamaan dengan hari Jumaat Chef Arm telah pun berada di Dewan Seri Tebrau Johor Bahru sekitar lebih kurang selama 5 jam bagi mempromosikan kesemua koleksi Buku Resipinya di bawah penerbitan PTS Millennia sempena malam akhir Penganugerahan Pelajar Sekolah.Alhamdullillah sambutan yang diberikan oleh kaum ibu cukup memberangsangkan sekali, walaupun rata-ratanya mengakui tak tau masak & malas masak, yang bagusnya kaum bapa memberi respond yang baik membelikan buku-buku resipi koleksi Chef Arm untuk dihadiahkan pada isteri supaya mereka tahu memasak dan rajin ke dapur untuk memasak.Terima Kasih kepada semua yang terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Chef Arm.

Promosi Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS.

Berita baik buat peminat-peminat buku.PTS penerbit buku umum pelbagai kategori dalam bahasa Melayu nombor 1 di Malaysia akan mengadakan program jualan hujung Minggu@PTS.Diskaun diberikan untuk semua buku dan diskaun 50% untuk buku terpilih.Apa tunggu lagi cepat dapatkan kesemua koleksi buku resipi Chef Arm Terbitan Pts Millennia.Di bawah ini dilampirkan tarikh, masa & lokasi program dijalankan.

Tarikh : 27 November 2010 ( Sabtu )
Masa : 10 Pagi Hingga 6 Petang.
Tempat : Pejabat Urusan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd, No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

Beli Buku Resipi Chef Arm Terbitan PTS Millennia Secara Online Dan Dapatkan Diskaun Hebat.

Jom layari portal PTS di http://www.pts.com.my/ ataupun http://www.bookcafe.com.my/ dan anda boleh membeli kesemua koleksi Buku Resipi Chef Arm yang hanya berharga RM5.50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM6.50 bagi Negeri Sabah & Sarawak pelbagai judul dengan Potongan Diskaun Hebat.Diantara judul buku resipi tersebut adalah : -

1. Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa - Diskaun Sebanyak 15%
2. Hidangan Mudah, Cerpat & Enak Bersahur - Diskaun sebanyak 15%
3. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei - Diskaun Sebanyak 15%
4. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam - Diskaun Sebanyak 15%
5. Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura - Diskaun sebanyak 25%
6. Hidangan Cita Rasa Malaysia Masakan Sabah - Diskaun Sebanyak 15%

Beli Dan Menang Sakan.( Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm )

Jom ke Mph Bookstore dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5000 dan buku bernilai RM2000 dengan setiap pembelian produk terbitan grup buku Karangkraf dan grup majalah Karangkraf bernilai Rm50 ke atas.Dapatkan borang penyertaan anda di cawangan MPH terpilih dan peraduan ini bermula daripada 1 November 2010 sehingga 31 Disember 2010.Jangan lupa untuk mendapatkan Buku resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima ( Grup Buku Karangkraf ) yang hanya berharga RM19.90 sahaja bagi Semenanjung Malaysia. ( Mana tau pabila anda membeli Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm tuah akan menanti anda ).Dapatkan maklumat lanjut di laman http://www.bukuprima.com.my/

Jumaat, 5 November 2010

Chef Arm Menghadiri Kuala Lumpur Bakery Seminar & Workshop 2010.

Baru-baru ini Chef Arm bersama beberapa Selebriti Chef lain turut menyertai Bakery & workshop yang dikendalikan oleh pakar Masakan Antarabangsa secara tertutup di Berjaya International University Collegge Of Hospitality di Berjaya Times Square.Pelbagai hidangan yang disajikan yang cukup enak.

Resipi Pizza Daging hasil ilham Chef Arm Pada Produk Santan Harmuni.

Kini boleh dapatkan Resipi Istimewa hasil ciptaan Chef Arm iaitu Pizza Daging Harmuni pada Pek produk Santan harmuni yang sudah pun berada di pasaran.Dapatkan ia dengan segera kerana ia adalah keluaran edisi terhad.

Meriahnya Hari Kek di Seri Pentas TV3

Baru-baru ini bertempat di Seri Pentas TV3 telah berlangsungnya Secara Live Hari kek yang dikunjungi oleh pelbagai lapisan Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan kaum yang cukup meriah sekali.Pelbagai jenis kek direka oleh Selebriti dengan bantuan Chef terkemuka dengan pelbagai gaya dan cara.

Saksikan Kemunculan Chef Arm Di Laman Internet Portal Try Masak.

Saksikan kemunculan dan aksi Chef Arm di laman internet Portal Rasmi Try Masak yang dikendalikan oleh Geoflex Sdn.Bhd dengan mengetengahkan 9 buah Video klip Demo Masakan & satu resipi Masakan dari Negeri Sabah secara Teks daripada Chef Arm.Pelbagai resipi dari setiap pelusuk dunia telah diketengahkan oleh Chef Arm.Jangan lupa saksikannya di http://www.trymasak.my/ Selamat menonton.

Chef Arm Dalam Rancangan INTREND di Saluran RTM di TV2

Nantikan kemunculan Selebriti Chef Muda yang semakin meningkat naik akan muncul sebagai tetamu jemputan dalam salah satu episod rancangan Intrend di saluran RTM di TV2 yang diacarakan oleh Sufian Amri ( Ean ).Sewaktu rancangan tersebut Chef Arm akan menunjukkan demo masakan sebanyak 3 jenis hidangan dan sesi interview bersama Chef Arm bagi menceritakan kejayaan-kejayaan Chef Arm serta pendedahan kepada golongan muda dalam bidang kerjaya sebagai seorang Chef.