Khamis, 29 Julai 2010

Pesta Buku & Pameran Pendidikan Negeri Johor.

Jom ramai-ramai memeriahkan suasana Pesta Buku & Pameran Pendidikan Negeri Johor yang berlangsung selama 6 hari bermula daripada 29hb Julai 2010 hingga 03hb Ogos 2010 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Danga City Mall Johor Bahru.Pelbagai aktiviti daripada penulis buku diadakan disana & juga terdapat Diskaun Hebat untuk pembelian semua jenis buku.Jangan lupa bawak kawan-kawan anda dari seluruh Johor Bahru dan Singapura untuk mendapatkan bahan bacaan yang terbaik di Pesta Buku ini.Jangan lupa dapatkan pelbagai Koleksi Buku Resipi Chef Arm di bawah penerbitan Buku Prima & Pts Milennia.Terima kasih kepada peminat-peminat Chef Arm daripada Singapura & Kuala Lumpur yang telah sudi hadir bagi sesi Ramah Mesra Bersama Chef Arm.

Pembelian Koleksi Buku Resipi Chef Arm Secara Terus daripada Chef Arm

Kini anda semua boleh dapatkan koleksi Buku-buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia secara terus daripada Chef Arm hanya dengan harga RM25 sahaja.Sekiranya anda berminat boleh terus Hubungi Chef Arm di 017-8276084 atau ericjb23@yahoo.com.sg Apa yang anda semua dapat daripada RM25 itu adalah seperti berikut  : -

1.Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur - 1 Naskah
2.Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa - 1 Naskah
3.Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei - 1 Naskah
4.Tandatangan Secara Ekslusif Daripada Chef Arm - Untuk Setiap Naskah
5.Hadiah Misteri ( Produk Penaja )
6.Termasuk Kos Penghantaran - Melalui Pos Laju

Dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Secara Online Di Jualan Murah Riang Ria Ramadhan Di Karangkraf Mall

Anda semua boleh dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm terbitan Buku Prima iaitu anak syarikat kepada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. secara online di http://mall.karangkraf.com/ dengan harga RM15.92 sahaja ( Potongan Diskaun Sebanyak 30% ) berbanding dengan harga pasaran iaitu RM19.90.Jualan ini hanya berlangsung daripada 20hb Julai 2010 hingga 11 Ogos 2010 sahaja.Apa tunggu lagi cepat membeli memang berbaloi..................

Dapatkan Koleksi Buku Resipi Chef Arm Di Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS

Jom memeriahkan Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS yang akan berlangsung tak lama lagi.Jangan lupa pastikan anda membeli koleksi buku-buku resipi Chef Arm sebagai buah tangan di bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.Antara buku resipi Chef Arm yang boleh dimiliki kini antaranya ialah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.Anda juga akan mendapat potongan Diskaun sebanyak 25% bagi setiap pembelian koleksi buku resipi Chef Arm.

Tarikh : - 31hb Julai 2010 hingga 01hb Ogos 2010 ( Sabtu & Ahad )

Masa : - 10 Pagi - 6 Petang.

Tempat : - Showroom Pts, No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves, Selangor.

Belilah Koleksi Buku Resipi Chef Arm Secara Online

Kini anda boleh dapatkan semua koleksi buku resipi daripada Chef Arm secara online kerana ia cukup murah dan memang berbaloi, ini kerana jika anda dapatkannya secara online di http://www.bookcafe.com.my/ atau melayari laman portal pts di http://www.pts.com.my/ anda akan mendapatkan koleksi buku resipi Chef Arm hanya dengan harga RM4.67 ( dengan potongan Diskaun sebanyak 15% ) berbanding di pasaran luar dengan harga RM5.50.Antara buku resipi Chef Arm yang boleh dimiliki kini adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa, Buku Resipi Mudah , Cepat & Enak Bersahur, Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Terbaik Hidangan Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.Apa tunggu lagi cepat beli, gerenti jadi..............................

Selasa, 27 Julai 2010

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm

Pada 24hb Julai 2010 bertempat di Lazat Malaysian Home Cooking telah berlangsungnya Bengkel Pra Ramadhan anjuran Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola Bersama Chef Arm.Kali ini saya telah menunjukkan dua hidangan istimewa sesuai pada bulan Ramadhan iaitu Telur Kukus Sri Rampai dan Gulai Lemak Pucuk Manis Bersama Keledek.Terima Kasih diatas kehadiran pihak media daripada Majalah Rasa & Majalah Saji yang membuat liputan.Kali ini peserta yang hadir cukup sporting dan meriah dengan riuh rendah.

Demonstrasi Masakan Sempena Promosi Kerja Kahwin 2010 Bersama Chef Arm

Pada 24hb Julai 2010 baru-baru ini perbadanan kemajuan Kraftangan Malaysia telah mengadakan Promosi Kerja Kahwin 2010 secara besar-besaran di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.Justeru itu Chef Arm telah dijemput oleh Pihak Kraftangan untuk mengadakan Demonstrasi Masakan Makan Beradap bagi Pasangan Pengantin bagi Masyarakat Melayu di Malaysia.Pada Majlis tersebut saya telah mendemonstrasikan 5 jenis hidangan lengkap iaitu Nasi Serai, Ikan Bawal Kukus Bersos Mangga, Ayam Panggang Ketumbar Jintan Bersos Percik, Puding Roti dan Jus Timun Berlemon.Terima Kasih kepada semua pengunjung yang begitu ramai sekali memeriahkan majlis tersebut.

Chef Arm Ditemuramah Dalam Rancangan Panorama Di TV1

Baru-baru ini pada 23hb Julai 2010 jam 9 malam di siaran RTM di TV1 dalam Rancangan Panorama Chef Arm telah ditemuramah secara Ekslusif berkaitan pelancongan di Pulau Pinang dan Citarasa Makanan di Pulau Pinang.Kepada yang telah menonton terima kasih diucapkan dan terus menyokong pelancongan Malaysia.

Selasa, 20 Julai 2010

Dapatkan Resipi Kek Cokelat Harmuni Hasil Ilham Chef Arm Pada Setiap Pek Produk Santan Harmuni 200ml.

Kini berada di pasaran resipi Kek Cokelat Harmuni  hasil ilham Chef Arm atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Yusof pada setiap Pek Produk Santan Harmuni 200ml, Hanya berharga RM1.70 sekotak.Dapatkan sekarang resipi kek cokelat yang menngunakan santan.Selamat Mencuba.

Resipi Biskut Raya Hasil Ilham Chef Arm Di Majalah Saji

Dapatkan segera Majalah Saji terbitan Utusan Karya keluaran Khas Ramadhan yang turut menampilkan 10 jenis resipi Biskut Raya hasil ilham daripada Chef Arm.Antara resipi Chef Arm yang terkandung dalam Majalah Saji adalah seperti Biskut Tart Cokelat, Biskut Mentega Tradisional, Biskut Nestum, Biskut Kacang Tanah, Biskut Oat Rangup, Biskut Cip Cokelat, Biskut Emping Jagung Cip Cokelat, Biskut Berempah Kari, Biskut Udang Kering dan Biskut Koko Kopi.Majalah Saji keluaran khas ini sudah pun berada di pasaran dan anda boleh dapatkannya hanya dengan kadar harga RM10.00 Sahaja.Selamat Mencuba.

Buku Resipi Chef Arm Yang Terbaru Terbitan Pts Milennia.

Kali ini pihak Pts Milennia telah menerbitkan Buku Resipi Chef Arm yang terbaru yang berjudul Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura.Anda boleh dapatkan koleksi buku resipi ini di kedai-kedai Buku berhampiran ataupun melayari portal Rasmi Pts untuk membelinya secara online iaitu di http://www.pts.com.my/ Harga buku amat berpatutan hanya RM5.50 sahaja senaskah.Jangan lupa dapatkan sekarang, cukup mudah untuk dipelajari dan bahan-bahannya juga mudah didapati serta masa masak yang tidak sampai sehingga 30 minit.

Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur Dicetak Buat Kali Kedua & Semakin Laris Jualannya.

Baru-baru ini saya telah difahamkan oleh pihak Pts Milennia bahawasanya Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur semakin laris di pasaran dan pihak Pts Milennia telah menghantar buku tersebut untuk cetakan kali ke dua sebanyak 15 ribu naskah bagi setiap judul buku.Terima Kasih kepada semua pembeli Buku Resipi Chef Arm diharapkan anda semua akan terus menyokong setiap koleksi Buku Resipi Chef Arm.

Pengambaran Masakan Pasta Untuk Majalah Rasa Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri

Pada 19hb Julai 2010 yang baru-baru ini bertempat di Studio Shriro ( M ) Sdn. Bhd. saya bersama Team Agnesi Pasta telah menjalani sesi pengambaran 3 buah resipi berasaskan pasta iaitu Spagheti Ketam Cili Padi, Pasta Lada Hitam dan Spagheti Berempah.Resipi ini telah saya sesuaikan dengan citarasa Masyarakat Malaysia khususnya melayu kerana resipi ini bakal diterbitkan dalam Majalah Rasa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. keluaran Khas Edisi Hari Raya Aidilfitri.Kepada penggemar pasta jangan lupa dapatkan pelbagai resipi menarik ini daripada Chef Arm dengan menggunakan produk Agnesi Pasta dalam Majalah Rasa.

Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm Sempena Pesta Buku MPH @ Great Eastern Mall Ampang

Baru-baru ini pada 18hb Julai 2010 telah berlangsungnya Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm bersempena dengan Pesta Buku MPH di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.Pada hari itu saya telah menunjukkan 3 jenis hidangan iaitu Rojak Petis Ala Singapura, Sup Pedas Ala Siam & Telur Kukus Sri Rampai, ini adalah bagi mempromosikan Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Masakan Singapura, Hidangan Terbaik Dunia Masakan Siam dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dibawah penerbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. Terima Kasih pada semua warga kerja team MPH yang cukup peramah, lawak seperti sudah lama berkenalan.Terima kasih juga kepada rakan seperjuangan saya yang sudi hadir memberikan sokongan iaitu Chef Johan Sinam.

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm

Pada 17hb Julai 2010 telah berlangsungnya Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola Bersama Chef Arm.Bagi sesi Kelas masakan yang ketiga ini saya telah menunjukkan cara-cara menyediakan masakan Gulai Lemak Pisang Muda & Serunding Kelapa.Pada kelas kali ini Bengkel ini telah dihadiri oleh Team Penerbitan Buku Masakan daripada Pts Milennia Sdn. Bhd.Cukup seronok apabila melihat teletah pihak media yang turut serta memasak dalam bengkel kali ini.Peserta-peserta bengkel kali ini cukup peramah dan nampak girang dihati mereka apabila mendapat Goodie Bag daripada pihak penaja & membeli pelbagai produk dengan harga diskaun yang amat berpatutan serta jualan Buku Resipi Chef Arm.

Jumaat, 16 Julai 2010

Jemputan Menyaksikan Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm Sempena Promosi Kerja Kahwin 2010

Jom Temui sambil beramah mesra bersama Selebriti Chef Arm dan saksikan Demonstrasi masakan makan beradap bagi Majlis Perkahwinan Kaum India.Anda juga boleh mendapatkan koleksi buku resipi Chef Arm hanya dengan harga RM5.50 sahaja.


Tarikh : - 24hb Julai 2010 ( Sabtu ) & 31hb Julai 2010 ( Sabtu )

Masa : - 12.00 Tengahari - 2.00 Petang

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.( Masuk Percuma )

Selasa, 13 Julai 2010

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm

Baru-baru ini pada 10hb Julai 2010 & 11hb Julai 2010 telah pun berlangsungnya Bengkel Pra Ramadhan Bersama Chef Arm yang dianjurkan oleh Socma Trading Sdn. Bhd iaitu sebuah syarikat yang mengedarkan produk Santan Harmuni & Minyak Masak Mazola yang diadakan di Lazat Malaysian Home Cooking di Petaling Jaya.Penyertaan peserta pada bengkel ini cukup ramai dan mereka juga diberikan goodie bag secara percuma daripada pihak penganjur berupa seperti Majalah Jelita, Majalah Masakan The Cook, Santan Harmuni, Minyak Masak Mazola, Tisu Beautex, Topi Santan Harmuni dan Apron Mazola.Pada bengkel ini Chef Arm yang hanya sebagai Chef Undangan daripada pihak penganjur untuk sesi kali ini telah menunjukkan demo masakan yang berlainan bagi setiap sesi iaitu Gulai Udang Lemak Nenas, Kerabu Jantung Pisang, Botok-Botok Istimewa dan Sambal Kacang Tanah.Chef Arm turut membuat jualan koleksi buku-buku resipinya sewaktu bengkel tersebut dan sememangnya jualannya amat memberangsangkan sekali.

Isnin, 12 Julai 2010

Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima Menjadi Bahan Rujukan & Bacaan di Perpustakaan Awam Singapura

Kepada semua warga Singapura yang amat meminati dunia masakan resipi fusion boleh membuat rujukan ataupun membuat pinjaman buku resipi tersebut yang boleh anda semua dapatkan di semua Perpustakaan Awam sekitar Singapura.Alhamdullillah tidak disangka bahawasanya Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima diiktiraf dan diterima memasuki pasaran luar di Singapura sebagai bahan rujukan masakan di semua Perpustakaan Awam sekitar Singapura.

Rabu, 7 Julai 2010

Kelas Masakan Ramadhan & Aidilfitri Bersama Selebriti Chef Arm

Jom hadiri Kelas Masakan Ramadhan & Aidilfitri yang akan dikendalikan oleh Selebriti Chef Arm di Johor Bahru.Bayaran bagi setiap kelas masakan ini cukup berpatutan iaitu RM50 sahaja seorang bagi setiap sesi, jika berminat dan terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi saya terus di talian 017-8276084 atau ericjb23@yahoo.com.sg Daftar dengan kadar segera kerana tempat terhad pada 10 orang peserta sahaja bagi setiap sesi.Jadual Kelas Masakan tersebut adalah seperti di bawah : -


1. 14hb Ogos 2010 - Masakan Fusion & Masakan Barat.

2. 15hb Ogos 2010 - Masakan Aneka Pasta.

3. 21hb Ogos 2010 - Masakan Asia.

4. 22hb Ogos 2010 - Masakan Cita Rasa Malaysia.

5. 28hb Ogos 2010 - Aneka Kek Raya.

6. 29hb Ogos 2010 - Aneka Juadah Lauk Pauk Raya.

First Live Internet Broadcast Of Longest Non-Stop Cooking Show ( 24 Hours ) - Malaysia Book Of Record

Temui Selebriti Chef Arm yang akan sama-sama menyertai dan memeriahkan First Live Internet Broadcast Of Longest Non Stop Cooking show ( 24 Hours ) bagi mencatat rekod dalam Malaysian Book Of Record.Jom hadirkan diri anda bagi memberi semangat kepada Chef Arm serta chef-chef lain yang terlibat.Di bawah ini dilampirkan sekali maklumat majlis tersebut : -


Tarikh : - 07hb Ogos 2010 - 08hb Ogos 2010

Masa : - 10.00 pagi - 10 Pagi ( 24 Hours )

Tempat : - Anjung Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.


* Sekiranya tidak dapat hadir, anda boleh juga melayari laman http://www.trymasak.my/

TV9 Jayakan Rakaman Baca@Ramadhan Di PTS.

baru-baru ini telah berlangsungnya rakaman Baca@Ramadhan yang dijayakan oleh TV9 di Pejabat Pts.Rancangan berbentuk Majalah Tv dan slot kanak-kanak ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan di TV9.Jangan lupa nantikan kemunculan Buku-buku Koleksi Resipi Chef Arm yang akan turut disiarkan pada rancangan tersebut pada bulan Ramadhan ini.Antara Buku-buku Koleksi Chef Arm yang akan turut disiarkan dalam rancangan tersebut adalah Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.

Jemputan Menyaksikan Demonstrasi Masakan Bersama Chef Arm@MPH

Temui Selebriti Chef Arm sambil beramah mesra dan menyaksikan demo masakan hidangan Singapura, Hidangan Siam & Hidangan Ramadhan Bersama Chef Arm serta promosi pelbagai koleksi Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd.Jangan lupa lapangkan masa anda semua pada : -

Tarikh : - 18hb Julai 2010

Masa : - 3.00 Petang hingga 5.00 Petang

Tempat : - MPH Bookstore, Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Penghias Cover Muka Hadapan Majalah Masakan The Cook Bulan September 2010

Baru-baru ini saya ( Chef Arm - Selebriti Chef ) bersama dengan Maria Tunku Sabri ( Selebriti TV3 ) telah mendapat Jemputan untuk menjadi Penghias Muka Hadapan Cover Majalah Masakan The Cook terbitan Sutera Maya Resourse Sdn. Bhd. keluaran bulan September sempena Edisi Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan jangan lupa untuk menyelak bahagian Ruangan Personaliti Minggu ini Bersama Chef Arm dalam Majalah Masakan The Cook di keluaran yang sama.Pengambaran ini telah dijalankan di Restoran Kek Mma Sajian Warisan Asli, No.22, Jalan Mahagoni 1/KS 7, Bandar Botanic, Klang Selangor.Nantikan kemunculan gandingan hebat 2 selebriti ini di Majalah Masakan The Cook.

Sabtu, 3 Julai 2010

Koleksi Buku Resipi Chef Arm Terbitan Pts Milennia Semakin Panas & Laris Di Pasaran

Kepada peminat koleksi buku resipi Chef Arm Terbitan Pts milennia jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa di semua kedai buku berhampiran anda di seluruh negeri kerana jualannya semakin panas & laris.Untuk belian secara online ataupun ingin mengetahui koleksi buku resipi Chef arm yang bakal terbit anda boleh terus layari ke laman portal Pts di http://www.pts.com.my/ 

Majlis Ulang Tahun Majalah Saji Yang Ke - 19 Tahun & Majlis Pelancaran Buku Resipi Kompilasi Saji Terbitan Utusan Karya

Baru-baru ini Chef arm telah mendapat Undangan daripada Editor Majalah Saji bagi Jemputan pada Majlis Ulang Tahun Majalah Saji Yang Ke- 19 tahun dan juga Majlis Pelancaran Buku Resipi Koleksi Saji Terbitan Utusan Karya yang telah pun berlangsung pada 29hb Jun 2010 dan bertempat di Felda Villa yang diuruskan oleh D Saji Catering.Cukup meriah dengan kehadiran para pihak Media dan selebriti lain yang terdiri daripada Chef Zaidah, Chef Zam, Chef Ismail, Chef Kamarul, Chef Harun dan ramai lagi.Majlis tersebut telah diacarakan oleh Maya dan Haiza.Tahniah saya ucapkan kepada pihak Utusan Karya dan Team Majalah saji diatas pelancaran buku resipi mereka.

Promosi Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima - Pesta Buku Selangor 2010

Bermula pada 25hb Jun 2010 sehingga 05hb Julai 2010 dan bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam akan berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2010.Kepada semua peminat Chef arm jangan lupa dapatkan Buku Resipi Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm Terbitan Buku Prima dengan Potongan Diskaun sebanyak 20%.