Ahad, 27 Jun 2010

Promosi Jualan Buku Sempena Majlis Pengistiharan Perbandaran Pasir Gudang Johor

Bermula pada 26hb Jun 2010 hingga 04 Julai 2010 ini  dari jam 10.00 Pagi hingga 10.00 Malam dan bertempat di Ruang Legar, Aras Tiga, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor telah diadakan Promosi Jualan Buku Sempena Majlis Pengistiharan Perbandaran Pasir Gudang Johor yang telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Johor iaitu Dato Abdul Ghani Othman.Kepada semua warga Johor boleh ramai-ramai ke sana dan dapatkan koleksi buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dengan potongan Diskaun sebanyak 10% dan Terima Kasih kepada Pustaka Ariss yang mempromosikan buku-buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia disana.Terima kasih jua kepada para pengunjung dan pembeli buku-buku resipi Chef Arm yang sempat mendapatkan tandatangan saya sewaktu majlis tersebut.

Sabtu, 26 Jun 2010

Bengkel Pra Ramadhan Santan Harmuni & Mazola Bersama Chef Arm


Sertailah Bengkel Pra Ramadhan Bersama Chef Arm  Anjuran Santan Harmuni dan Minyak Masak Mazola.Ia akan diadakan dalam 10 sesi sekitar bulan Julai dan Ogos akan datang.Chef Arm atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Yusof  adalah chef generasi baru tanah air yang kian meningkat maju dalam bidang seni masakan.Chef juga kini bergiat aktif dalam bidang pengacaraan TV bagi beberapa program masakan terbaru dan telah menerbitkan 9 buah buku masakan hingga kini.Marilah kita bersama-sama menyertai Bengkel Memasak Pra Ramadhan yang menakjubkan ini, anjuran Jenama Harmuni dan Mazola bersama Chef Selebriti Arm.Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan petua dan resipi masakan fusion yang terkini, enak lagi menyelerakan.Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Shan Nie / Cik Nicole melalui talian 03-56233633 atau bengkel2010@socma.com.my Cepat Berdaftar kerana tempat terhad dan anda akan mendapat satu goodie bag secara percuma bernilai RM40.00 untuk setiap peserta apabila anda berdaftar sebagai peserta bengkel dengan yuran yang cukup murah sebanyak RM15.00 seorang.Untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci dapatkan Borang Bengkel Pra Ramadhan Bersama Chef Arm di Majalah Rasa, Majalah Seri Dewi & Keluarga, Majalah Saji, Majalah Wanita, Majalah Jelita, Akbar Berita Harian dan Akbar Harian Metro keluaran Julai.Terima kasih kepada penaja lokasi iaitu Lazat Malaysian Home Cooking, No.584, Jalan 17/17, Section 17, Petaling Jaya, Selangor.

Jumaat, 25 Jun 2010

Program Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS

Pada 26hb Jun 2010 hingga 27hb Jun 2010 ( Sabtu & Ahad ) bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan betempat di Pts Publications & Distributors Sdn. Bhd., No.12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, Batu Caves Selangor akan berlangsungnya Program Promosi Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS.Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi Buku resipi Chef Arm kerana anda layak untuk mendapatkan potongan diskaun sebanyak 25% hanya sewaktu program tersebut berlangsung sahaja.Jadi pastikan anda ke Program Jualan Buku Hujung Minggu @ PTS dan pastikan ada koleksi Buku Resipi Chef Arm yang menjadi buah tangan anda untuk di bawa pulang.

Senarai Buku Resipi Terbitan Pts Milennia Yang Terlaris Di Pasaran

Terima kasih kepada semua yang telah sudi membeli setiap koleksi Buku Resipi Chef Arm dan seterusnya menjadikan Buku-buku Resipi tersebut laris di pasaran.Antara Buku Resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia yang kini laris di pasaran adalah Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.Ini kerana resipi-resipinya cukup mudah, gabungan antara tradisional & moden, menjimatkan masa dan kos yang cukup murah serta gerenti jadi.Pastikan anda terus memberikan sokongan dan dorongan yang padu serta teruskan membeli buku-buku resipi Chef Arm terbitan Pts Milennia.Pelbagai lagi buku resipi Chef Arm yang bakal terbit dan bagi mendapatkan info yang lebih lanjut jangan lupa layari portal pts di http://www.pts.com.my/

Beli Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa Secara Online - Potongan Diskaun Sebanyak 25%


Kepada semua peminat setia Chef Arm anda juga boleh mendapatkan koleksi-koleksi buku resipi Chef Arm dengan belian secara online di book cafe Pts.Sekiranya anda membeli Buku Resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Mudah, Cepat & Enak Bersahur dan Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa anda akan mendapat potongan diskaun sebanyak 25%.Cukup murah anda akan mendapat harga belian buku Resepi Chef Arm hanya dengan kadar harga RM4.12 daripada harga asal iaitu RM5.50 setelah diberi potongan diskaun sebanyak 25%.Apa ditunggu lagi jom beli koleksi buku resipi Chef Arm secara online di http://www.bookcafe.com.my/ atau layari portal Pts di http://www.pts.com.my/ untuk maklumat yang lebih lanjut dan terperinci.

Kini Sudah Berada Di Pasaran

Kini boleh dapatkan semua koleksi buku-buku resipi Chef Arm yang berjudul Hidangan Terbaik Dunia Masakan Brunei, Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa dan Buku Resipi Mudah, Cepat & Enak Bersahur terbitan Pts Milennia yang sudah mula menjengah ke pasaran dan boleh dapatkan di setiap kedai-kedai buku yang berhampiran diantaranya ialah Popular Bookstore, MPH Bookstore, Badan, News Plus, News.com dan banyak lagi hanya berharga sebanyak RM5.50 sahaja.Cepat-cepat kerana jualannya seperti pisang panas.Apa tunggu lagi jangan lupa dapatkan semua koleksi Buku Resipi Chef Arm.

Khamis, 24 Jun 2010

Kelas Masakan Resipi Fusion & Barat

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas masakan bagi resipi fusion ataupun barat bolehlah menghubungi saya secepat mungkin di talian 017-8276084.Kelas masakan ini terhad hanya kepada 20 orang peserta sahaja dengan yuran sebanyak RM90.00.Pada kelas masakan ini saya akan menampilkan 3 buah resipi masakan iaitu Salad Ayam Beryogurt, Sup Kepah & Nasi Khazanah Laut.Maklumat jadual kelas adalah seperti dibawah ini : -


Tarikh : - 28hb Jun 2010 ( Isnin )

Masa : - 12.00 Petang - 3.00 Petang.

Tempat : - Kampung Melayu Majidee Johor Bahru.

Rabu, 23 Jun 2010

Demo Masakan Bersama Chef Arm di Pesta Buku MPH ( SACC Mall Shah Alam )


Pada 20hb Jun 2010 telah berlangsungnya Demo Masakan Bersama Chef Arm di Pesta Buku MPH di SACC Mall Shah Alam selama 2 jam  daripada jam 3 petang hingga jam 5 petang dimana saya telah mempersembahkan 3 resipi hidangan iaitu masakan hidangan daripada negara Brunei iaitu Ayam Kancah dan Daging Belutak serta maskan dari hidangan bersahur iaitu Telur kukus Sri Rampai.Alhamdulillah kalangan penonton yang hadir amat memuaskan walaupun tiada kerusi yang disediakan oleh pihak penganjur.Apa yang saya amati dan lihat sepanjang hari itu sehingga jam 8 malam disana sewaktu pesta buku tersebut jualan koleksi buku resipi Chef arm amat memberangsangkan sekali antaranya ialah Buku Resipi Hidangan Terbaik Dunia Brunei, Buku Resipi Mudah, cepat dan Enak Hidangan Bersahur & Hidangan Mudah, Cepat & Enak Berbuka Puasa.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Pengambaran 2 Buah Buku Resipi Terbaru Bersama PTS Milennia.

Baru-baru ini baru sahaja selesai menjalani pengambaran Buku Resipi Kompilasi Masakan Asia dan Buku Resipi Kompilasi Masakan Pasta yang berlangsung selama 4 hari bermula daripada 16hb Jun 2010 hingga 19hb Jun 2010 memang amat meletihkan kerana pengambaran tersebut siap hampir menunjukkan jam 6 pagi.Alhamdullillah akhirnya selesai juga pengambaran bagi kedua-dua buku masakan tersebut yang mungkin akan menjengah ke pasaran tidak lama lagi dengan jumlah resipi sebanyak 47 resipi dalam setiap buku dengan harga jualan sebanyak RM14.00 sahaja.Bagi maklumat lanjut dan info terkini bagi setiap koleksi buku masakan Chef arm bolehlah layari ke portal Pts di http://www.pts.com.my/

Isnin, 14 Jun 2010

Jemputan Menyaksikan Demonstrasi Masakan Promosi Ramadan Bersama Chef Arm Sempena Musim Cuti Sekolah

Temui Chef Arm sambil Beramah Mesra dalam berkongsi pelbagai petua dan Saksikan Kehebatan Chef Arm dalam menunjukkan Demonstrasi Masakan hidangan bersahur dan berbuka puasa bagi promosi ramadan bersempena dengan musim cuti sekolah serta jangan lupa dapatkan pelbagai koleksi buku-buku masakan Chef Arm terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd.Nantikan pelbagai cenderahati yang akan turut disampaikan oleh Chef Arm dan juga Team Pts Milennia.Maka dengan itu luangkan masa anda bersama Chef Arm pada : -



Tarikh : 20hb Jun 2010 ( Ahad )

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Ruang Legar, SACC Mall Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.


Demo Masakan Bersama Chef Arm ( Pesta Read Malaysia 2010 )

Pada 13hb Jun 2010 bersamaan dengan hari Ahad telah berlangsungnya Demo Masakan Bersama Chef Arm bermula jam 12 Tengahari hingga 1 Petang.Saya telah menyediakan 3 hidangan yang amat sesuai untuk hidangan Berbuka puasa & Bersahur iaitu Sup Makaroni, Telur kukus Sri Rampai dan Tauhu Goreng Bersos Thai.Sememangnya saya amat berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi hadir sekali gus yang membeli buku masakan saya.Alhamdulillah cukup gembira bila makanan yang disajikan semuanya habis dengan licin.

Demo Masakan Bersama Chef Hanieliza ( Pesta Read Malaysia 2010 )

Pada 12hb Jun 2010 jam 12 tengahari hingga 2 petang telah berlangsungnya Demo Masakan Bersama Chef Hanieliza yang menampilkan 4 hidangan masakan iaitu Nasi Goreng Nanas, Salad Buah-buahan, Udang Masam-manis dan Puding Sekelip mata.Sememangnya sekelip mata sahaja makanan-makanan tersebut dilicinkan oleh pengunjung-pengunjung yang hadir menyaksikan demo masakan tersebut.Terima Kasih jua kepada Chef Hanieliza yang telah sudi menyediakan Slide untuk Demo Masakan Chef Arm yang akan berlangsung esoknya.

PESTA READ MALAYSIA 2010

Pada 4hb Jun 2010 hingga 13hb Jun 2010 telah berlangsungnya Pesta Read Malaysia 2010 di Mines International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.Pelbagai aktiviti menarik yang dipersembahkan sewaktu di Pesta Read Malaysia ini iaitu Kehadiran Maskot Upin & Ipin, Sasterawan Negara Lim swee Tin, Persembahan artis seperti Aizat, Akim, Zoey dan Liyana Jasmay, Demo Masakan daripada Chef Arm dan Demo Masakan Daripada Chef Hanieliza serta banyak lagi.Sememangnya lebih tidak disangkan apabila buku-buku koleksi chef arm terbitan Pts Milennia Sdn. Bhd. turut dijual & dipromosikan di Pesta Read Malaysia 2010 yang dibawakan oleh Gramedia Sdn. Bhd.Terdapat begitu banyak buku-buku yang dipamerkan disini dari pelbagai bahasa iaitu bahasa Melayu, Cina, & India dengan konsep 1 Malaysia.Pesta Read Malaysia ini bertambah hangat dengan kehadiran Duta Read Malaysia iaitu seorang Pengacara, pelakon, pelawak & penyanyi popular iaitu Aznil Hj. Nawawi.

Bersama Dayang Sulu Seorang Pelakon Veteran ( Berkongsi Pengalaman )

Tidak disangka penginapan saya semasa di Mines Wellness Hotel ini telah menemukan saya pada seorang Pelakon Veteran iaitu Dayang Sulu yang pernah berlakon bersama Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee dalam Filem Laksmana Do Re Mi.Disini kami telah pun bertukar-tukar pendapat, berkongsi pengalaman & cerita dalam bidang lakonan dan pengacaraan.Segala ilmu yang hanya seperti ala-ala Zam-zam ala ka zam itu akan saya semat dalam hati dan mengambilnya sebagai cabaran untuk menempuh bidang sebagai artis selebriti ini dengan lebih baik lagi.Kami juga sempat bergambar kenangan bersama serta bertukar kad nama agar tidak terputus hubungan.Pertemuan yang singkat itu amat bermakna bagi saya dalam menempuh hidup yang penuh cabaran sebagai selebrity chef.

Indahnya Percutian Di Mines Wellness Hotel ( Segalanya ada di Malaysia )

Pada 12hb Jun 2010 sekitar jam 9 pagi, saya telah sampai kesebuah hotel iaitu Mines Wellness Hotel yang terletak di Seri Kembangan, Selangor dan menginap di sini selama 2 hari 1 malam.Saya berada di sana atas urusan kerja sambil bercuti ini kerana pada 13hb Jun 2010 saya akan mengadakan demo masakan dalam mempromosikan bulan ramadan yang akan menjelang tiba bersempena dengan Pesta Read Malaysia 2010.Suasana di hotel ini sememangnya amat mendamaikan, dengan keramahan pekerja hotel serta bilik hotel yang cukup selesa.Di hotel ini terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang dapat dilakukan.Hotel ini juga menggabungkan kepada 2 bahagian bangunan lain iaitu Mines International Exhibition & Convention Centre dan Mines Shopping Mall, ini bertujuan bagi memudahkan setiap pengunjung hotel yang menginap di hotel mereka untuk membeli belah ataupun sekiranya mempunyai urusan kerja di sana.Hotel ini juga terdapat sebuah padang golf, terdapat pelbagai restoran yang berdekatan serta banyak lagi.Hotel ini cukup menitikberatkan & mengekalkan kehijauan flora dan menariknya pengungjung dapat menikmati ikan berenang-renang hanya di tepian tasik.Pantai ciptaan yang direka oleh pihak Mines ini sememangnya amat menarik dan mengagumkan kerana ia seolah-olah kita berada di pantai yang sebenar, ditambah pula airnya yang sejuk.Sarapan pagi secara percuma termasuk dalam pakej bilik yang disediakan amat mengujakan bagi setiap pengunjung yang menginap disini.Maka jika anda bercadang untuk bercuti saya cadangkan datanglah kesini kerana sememangnya segalanya ada di Malaysia.Jutaan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Team Mines Mangement yang telah menaja penginapan beserta sarapan pagi buat saya.Pengalaman saya menginap di hotel ini akan sentiasa menjadi kenangan yang terindah di hati saya.Jom Zoom Malaysia ke Mines wellness Hotel.