Jumaat, 26 Mac 2010

Jemputan Menyaksikan Demo Masakan Chef Arm

Temui Chef Arm bersama Team Agnesi Pasta mengadakan Demo Masakan Secara Live dan nikmati masakan pasta hasil air tangan Chef Arm secara Percuma serta Sesi Promosi Buku Masakan Cita Rasa Fusion 60 Resipi Chef Arm yang akan menemui anda di : -


Tarikh    :     28hb Mac 2010 ( Ahad )
Masa     :     12 Tengahari - 2 Petang
Tempat  :     Cold Storage@ 1 Utama, Bandar Utama, Kuala Lumpur.

Ahad, 21 Mac 2010

Pengambaran Buku Masakan Hidangan Singapura Yang Melecehkan

Erm memang melecehkan betul untuk menyediakan bahan-bahan Masakan untuk Hidangan Singapura yelah mana taknya aku target penyediaan Hidangan ini akan siap dalam masa sehari tetapi telah mengambil separuh daripada hari keesokkannya.Makanya Pengambaran Buku Masakan Hidangan Filipina dapat diambil separuh sahaja dan masih ada tertinggal 5 lagi resipi hidangan Filipina yang masih belum aku siapkan dan terpaksa ditangguhkan pengambarannya pada bulan 5 pulak tu., memang ikutkan hati geram jugak coz tak capai target apa yang aku nak tapi nak buat macam mana dah tak sempat.Thanks jugaklah kat Jurukamera Pts Milennia Sdn. Bhd. yang mengikut je kerenah aku ni.Erm macam mana pun selepas pengambaran tu berakhir memang aku terus lepak, penat giler beb.

Pengambaran Buku Masakan Hidangan Sihat Bersahur

Pada 17hb Mac 2010 pula aku telah menjalani pengambaran untuk Menu Hidangan Sihat Bersahur seawal pagi hinggalah ke jam 10 malam.erm memang meriah sekali diatas kehadiran jiran tetangga sepertinya datang untuk berbuka puasa dan terima kasih juga kepada Pasukan Rela dan juga Pasukan Pekerja-Pekerja Giant Hypermarket Johor Bahru yang sudi memberi Sokongan padu menghabiskan segala juadah yang dimasak sewaktu tengah malam, ianya seperti dah nak masuk waktu Bersahur.Tapi sayang kemeriahan ini tidak dapat dikongsi dengan gambar-gambar mereka kerana, kamera aku mengalami masalah Teknikal.Erm tapi takpa akan aku munculkan gambar-gambar sewaktu pengambaran Buku Masakan yang akan datang nanti.

Pengambaran Buku Masakan Hidangan Sihat Berbuka Puasa

Kemeriahan Pengambaran Buku Masakan Hidangan Sihat Berbuka Puasa yang telah dijalankan pada 16hb Mac 2010 yang bermula seawal pagi ini sehingga jam 9 malam ini yang menampilkan pelbagai keenakan juadah masakan kampung ini sesungguhnya dah seperti keadaan di Bazar Ramadhan yang dipenuhi dengan jualan juadah buat berbuka puasa.Keseronokan ini semakin bertambah apabila ada jiran tetangga yang datang menjengguk dan Ketua kampung kawasan terdekat datang memberikan sokongan ini sememangnya amat meriah dengan riuh rendah sambil menikmati juadah yang aku masak seperti kat Bazar Ramadhan, siap ada yang bungkus bawak balik lagi.Terima Kasih kepada semua, sokongan padu anda amat saya hargai.

Persiapan Akhir Sebelum Pengambaran Buku Masakan Hidangan Sihat Berbuka Puasa / Hidangan Sihat Bersahur / Hidangan Singapura & Hidangan Filipina

Saat ini memang amat meletihkan sedikit, yelah masa tu nak ke pasar membeli itulah, inilah.Erm biasalah itulah selalunya yang kena aku lakukan sebelum pengambaran Buku Masakan dijalankan.Nak kena sediakan ruangan tempat memasak.Lagi memenatkan bila nak prepare bahan-bahan untuk besoknya.Kali ini pengambaran dijalankan selama 4 hari bagi 4 buah buku masakan yang berjudul Hidangan Sihat Berbuka Puasa, Hidangan Sihat Bersahur, Hidangan Singapura dan Hidangan Filipina daripada 16/03/2010 hingga 19/03/2010 yang bakal mengunjungi kedai berhampiran anda mungkin pada akhir bulan 5 ini yang akan diterbitkan oleh Pts Milennia Sdn. Bhd.Aduyai waktu kat pasar nak membeli ikan sempat bergaduh pulak tu dengan penjual ikan, mana taknya nak berniaga tak jujur dan tak ikhlas, ada ke patut nak jual gan aku ikan yang dah pecah perut ( Ikan Rosak ) aku ni Profesional kenalah menyediakan yang terbaik untuk setiap resipi aku yang bakal dimuatkan dalam buku tu nanti.

Sabtu, 13 Mac 2010

Jemputan Majlis Chocolate Night Party

Berita baik kepada semua penggemar chocolate jangan berlengah lagi ruangkan masa anda semua untuk menghadiri Majlis Chocolate Night party kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda semua.Majlis ini diadakan adalah bertujuan mempromosikan resipi-resipi terbaru Chef Arm yang berasaskan Chocolate yang akan dibukukan dan secara tidak langsung bagi mempromosikan produk Chocolate Hersheys.Jom apa lagi ajaklah member-member ramai-ramai join the party : -


Tarikh    : 30hb Mac 2010 ( Selasa )
Masa     : 8.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat  : Lot 2216, Jalan Kempas Lama, Kampung Maju Jaya, 81300 Skudai, Johor Bahru
Hubungi : 017-8276084 ( Chef Arm )

Selasa, 9 Mac 2010

Jemputan Menyertai Pertandingan Berkongsi Resipi / Petua / Tip atau apa sahaja.

Pihak Iktiraf Entertainment kini mengadakan satu Pertandingan Berkongsi apa sahaja tak kiralah Petua/ Tip/ Info / Resipi atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan produk makanan / minuman.Dimana pertandingan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya dan hadiah yang di tawarkan amatlah lumayan, hadiah tempat pertama adalah Hamper bernilai RM50 / Tempat Ke-2 berupa Hamper bernilai RM40 dan Tempat Ke-3 berupa Hamper bernilai RM30.Syarat-syarat pertandingan adalah seperti di bawah : -

1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Tiada Sebarang bayaran yang dikenakan ( Percuma )
3. Tiada had umur yang dikenakan bagi menyertai pertandingan ini.
4. Setiap Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan ( Tiada Had )
8. Pertandingan ini bermula pada 09hb Mac 2010 sehingga 30hb Mei 2010 sahaja.
9. Penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
10.Pertandingan ini akan dinilai oleh Chef Arm dan akan diumumkan di Laman Blog Chef Arm di http://www.chef-arm.blogspot.com/
11. Keputusan akan diumumkan pada 01hb Jun 2010 dan keputusan adalah muktamad.
12. Hadiah akan dipos kepada pemenang menggunakan pos laju oleh pihak Iktiraf Entertainment.
13. Peserta hendaklah mengirimkan apa yang ingin anda kongsikan bersama beserta dengan maklumat peribadi yang lengkap ke alamat email Chef Arm di ( ericjb23@yahoo.com.sg )

Isnin, 8 Mac 2010

Belilah Buah-buahan Tempatan

Belilah dan makanlah buah-buahan tempatan yang sememangnya kaya dengan serat dan zat.Buah-buahan tempatan juga amat berkhasiat untuk kesihatan diri.Contohnya Buah Nanas baik untuk merawat penyakit jantung, buah pisang baik untuk penghadaman, sembelit dan banyak lagi.Buah-buahan tempatan juga boleh dipelbagaikan resipinya dalam masakan lagi pula buah-buahan tempatan harganya jauh lebih murah berbanding buah-buahan import.Gambar-gambar buah-buahan tempatan yang dipaparkan ini diambil sewaktu perjalanan saya ( Chef Arm ) di kawasan Gelang Patah, Johor.

Pengambaran Promosi Produk Tajaan ( Duta Produk )


Gambar-gambar ini diambil sewaktu pengambaran promosi produk tajaan yang bertujuan bagi mempromosikan produk-produk tajaan ( Duta Produk ) seperti Minyak Masak Golden Circle, Santan Harmuni dan Tisu Dapur Beautex.Minyak Masak Golden Circle ini cukup baik untuk kesihatan kerana ia tiada kolesterol.Produk Santan Harmuni yang cukup enak dengan rasa asli kelapa dan tisu dapur Beautex yang cukup lembut dan sesuai digunakan untuk kegunaan dapur.