Isnin, 9 November 2009

Berjayanya ke Peringkat Separuh Akhir Wow Resepi Terpilih Ayamas


Pada 07/11/2009 telah berlangsungnya Pertandingan Wow Resepi Terpilih Ayamas yang dianjurkan oleh Ayamas dan gabungan majalah karangkraf terkemuka iaitu Majalah Rasa dan Majalah Seri Dewi Dan Keluarga yang diadakan di De Palma Hotel Shah Alam yang dihoskan oleh Richie Rachman.Hadiah-hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.Saya juga adalah salah seorang Peserta yang telah berjaya ke Peringkat Separuh Akhir tersebut dengan Resepi nasi Berempah Frankfurters lada Hitam Ayamas dan Kek Ayam Ayamas Bersalut Coklat.Layarilah laman http://www.ayamas.com.my/ bagi mengetahui akan produk-produk terkini lagi bermutu tinggi keluaran Ayamas.

Khamis, 5 November 2009

Pemenang Ajinomoto Creative Recipe



Rasa memang bertuah dan dah memang rezeki, yelah berbekalkan bakat yang ada serta kebolehan dalam bidang masakan aku telah pun memenangi dalam pertandingan Ajinomoto Creative recipe dengan menu masakan Ayam Bersos Kacang.Resipi ini adalah resipi turun-temurun daripada nenek moyang saya hingalah kini.Erm dan sememangnya resipi ini menjadi menu wajib setiap kali menjelangnya perayaan Hari Raya Aidilfitri.Bagi mendapatkan resipinya layarilah laman web http://www.ajinomoto.com.my/