Khamis, 29 Oktober 2009

Zoom Malaysia Ke Pulau Pinang ( Pulau Jerejak )




Percutian ke Pulau Pinang bermula daripada Pusat Pelancongan Malaysia ( Matic ) selama 3 Hari 2 Malam bersama dengan rakan-rakan media yang terdiri daripada Akbar Sinar Harian, Akbar Kosmo, Majalah Travelers Digest, Majalah Libur, Kumpulan Karangkraf, Pegawai Pelancongan Malaysia, RTM, Bernama, Astro amat menarik dan menyeronokkan walaupun sedikit meletihkan dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan diantaranya menaiki beca mengelilingi Bandar Pulau Pinang sambil melawat tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Peranakan Penang, Menara Jam dan banyak lagi.Setelah itu kami semua menaiki feri ke Pulau Jerejak dan menginap di Jerejak Rainforest Resort, kemudian kami menikmati hidangan makanan tengahari sajian daripada resort tersebut yang sungguh enak sekali dengan hidangan melayu dan hidangan barat yang amat mengujakan.Pada waktu malamnya pula terdapat akan hidangan Bbq yang cukup hebat dengan persembahan live band dan persembahan tarian poco-poco daripada para pekerja resort tersebut.Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan disini diantaranya exporace, Nature & Historical Trekking, Paint Ball, Aktiviti Pantai dan banyak lagi.Pulau Jerejak ini amat terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri iaitu Penjara Jerejak.Bagi yang meminati keindahan alam semulajadi anda semua bolehlah ke Bukit Bendera melihat sendiri akan keindahan panorama alam daripada puncak Bukit Bendera sambil menikmati kenikmatan makanan yang disajikan disini antaranya Laksa Penang dan Ice Kacang yang cukup istimewa.Bagi mereka yang amt meminati akan seniman tanahair yang banyak berjasa dalam bidang seni apa kata melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee yang begitu banyak meninggalkan sejarah dalam bidang industri seni tanahair.Suatu pusat membeli belah barangan cenderahati dan asam jeruk penang amat mengiurkan.Bagi pecinta makanan dan membelibelah jangan lupa untuk datang ke bandar kecil Auto City Penang dimana ia banyak menempatkan kedai barangan berjenama dan restoran-restoran dengan hidangan sajian makanan yang cukup hebat.Jadi jangan lupa untuk melawati Pulau Pinang Sebagai salah satu destinasi percutian anda.Melanconglah di negara sendiri segalanya ada disini.